Shopping di Tapah

Kalau ditanya orang apa tempat makan best di Tapah ni, saya memang tak tahu nak jawab. Sejak kawin ni, memang kalau balik kampung, mesti akan makan kat rumah. FIL atau MIL yang masak apa sahaja makanan yang anak-anak minta. Awal dulu, selalu juga saya perli Papa N, kalau balik Pasir Mas, dia mesti nak makan nasi sup daging bakar, mee celup, nasi ulam dan kuih akok. Tapi kalau balik Tapah, semua makan di rumah.

Tapi, bukan maknanya bila balik sini, tak payah keluar duit langsung. Kalau macam tu, dah lama banyak duit kami simpan rasanya. Bila balik sini, boleh dikatakan wajib untuk saya pergi ke Pasar Tapah. Tujuannya nak beli bahan mentah yang nak dibawa balik ke BSP nanti.

Antara bahan yang dibeli, ikan tenggiri masin. Ikan yang wajib ada dalam peti sejuk kami, sebabnya Papa N peminat tegar kailan ikan masin. Walaupun empat tahun lebih ni saya cuba ajar dia makan sayur lain, namun kailan ikan masin tetap menjadi pujaan hatinya, apa nak dikato lagi? Kawe ikutkan jelah....

Lagi, ikan bilis yang dah siap kopek. Kalau beli di Pasar Tapah ni, ikan bilis Pangkor ni dapat dengan harga RM 30+ je sekilo, berbanding RM 45 kalau saya beli di Pasar Malam Putra Height. Banyak tu boleh jimat..
Kadang kadang saya beli untuk dibawa balik ke Pasir Mas juga ikan bilis ni. Murah dan sedap punya pasal.

Lagi, sayur pun ada kalanya memang beli di pasar ini juga. Syoknya kalau pasar atau mini market kawasan sekitar BSP tu jual barang dengan harga macam sini, kan?

Comments

  1. shopping brg basah yea. syok tu.lagi2 kalau murah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Tu yg sekali sekala balik akan beli mcm2

      Delete
  2. Replies
    1. Aik nape terkejut ni? Saya mmg asal dr Pasir Mas, penah cakap kan? Dekat kangkong

      Delete
  3. bertuah sungguh laa kalau balik kg mil masak
    kalau saya,,,
    pulun sungguh laa makan,,
    hwhew

    ReplyDelete
  4. Lama tak makan kalian ikan masin AN....susahnya...
    Kat pantai timur mcm mcm makanan yg best best...kan AN

    ReplyDelete
  5. Hehhee syok kalau kat sini pun boleh dapat ikan masin. Alaaa teringat pulak kat kailan ikan masin :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...jual la kat sana..kot nanti mat salleh suka..

      Delete
  6. akak kalu blk kg pun mmg makan,masakan mak mentua je, nak makan tempoyak ikan patin, akak ngan en.azmi dua2 tak suka ikan patin hehehe..nama je org temerloh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1