Naim minta maaf

Nak katakan menonton Upin dan Ipin ni sekadar hiburan semata, tak boleh. Walaupun Naim belajar cakap 'aku' daripadanya, namun banyak benda baik yang Naim juga perolehi daripada slot Upin dan Ipin. Memang tak dapat dinafikan.

Antara yang saya kagum ialah penggunaan perkataan maaf. Memang tak syak lagi Naim belajar perkataan dan penggunaan maaf ni daripada slot ini. Yang kagum tu, mama dan papanya tak suruh pun, tapi sekiranya dia buat salah, Naim akan buat muka sedih, dengan lenggok kepalanya yang sedikit menunduk, dia akan meminta maaf.

Macam kejadian semalam, adik yang makin dapat kaki ni, tak henti ke sana ke sini. Dah lenguh saya pungut, saya minta Naim pula tolong. Ada juga masa yang lain, Naim sendiri yang tolong laporkan, "mama, tengok ni adik, naik tangga".  Agaknya beberapa kali dia tolong, maka ada satu kali tu dia bengang kot. Tau Naim buat apa? Diketuknya adik, tapi dia tak perasan yang papanya tengok sama. Apa lagi, dapatlah habuannya. Dari jauh papanya jerit marahkan saya supaya tengokkan anak-anak main. Tapi, Naim ni terasa pulak. Terus dia meraung, menangis. Agaknya dia takut papanya marah dan juga takut dia telah buat adiknya sakit.

Selepas dipujuk supaya bertenang, Naim cepat-cepat meminta maaf kepada saya. Memang tak ada yang menyuruh pun. Dan selalunya memang macam itulah, selagi kita tak cakap "ok, Naim jangan buat lagi tau", dia akan ulangkan maaf tu. Menyentuh hati tau di saat macam ni. 

Tapi jangan main main dengan Abang Naim ni, kalau benda tu bukan salah dia, jangan harap kita nak dengar perkataan maaf ni daripada dia. 
korang nampak headphone yang tak cukup sifat ni? masa dia dengar tu, tetiba adik tarik. Papanya baru je guna dua kali headphone ni. Bila dinasihat supaya lain kali jangan berebut dengan adik, sebaliknya berkongsi, langsung dia tak nak cakap maaf. Walaupun, saya ada suruh Naim cakap maaf kepada papanya.. 

Comments

  1. hehe...ada jugak egonya tu AN...
    Betullah.... memang bukan salah dia punkan hehe....
    Betul tu....besar betul pengaruh TV dalam jiwa anak anak nikan...

    ReplyDelete
  2. bagusnyee naim
    akak pun selalu praktikkan perkataan maaf dgn anak2 specially zahrien ! ;)

    ReplyDelete
  3. bagus naim...mmg upin ipin ni byk juga beri kebaikan,cuma bila guna perkataan aku tu adam terus ckp kat akak..mama tak baikkan cakap aku..oh lega akak disitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusla adam macam tu, mmg lega kalau dia dah faham...

      Delete
  4. Samalah Aydin pun, Belajar aku dari Upin Ipin tapi byk belajar benda baik dr cite tu jugak. Tapi aydin ni ego sket. Klu bt salah, disuruh ckp sori...pyh betul. Ikut papanya. Heheheheh....

    Naim bijak. Bsr t mst pelembut orgnye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, pelembut juga nampaknya.. adik yang nampak tokoh garang.. tapi kalau naim ni tak tahan mengada ngada, pekej dgn hati lembut tu.....

      Delete
  5. Comel je minta maaf.. Hihi

    Tp episod2 yg baru ni byk ejek2. Aduhh syafiq dah terikut2 mengejek dan kata sibuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal, naim pun sama.., tak bagi tengok, dia meraung nanti

      Delete
  6. Alhamdulillah Naim good boy :)

    ReplyDelete
  7. KATUN NI ADA BAIK DAN BURUKNYA
    JD KENA PANDAI PILIH
    PALING SY X BERKENAN KARTUN JEPUN HAGEMARU TU
    MMG KELAKAR TP XDE KEBAIKKAN DR WATAK KATUN TU
    HUHU

    ReplyDelete
  8. Mmmg kuat kan pengaruh tv kt anak-anak

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1