Susu rendah lemak tidak semestinya sihat

Fakta tentang susu rendah lemak yang saya cukup gemar. Jom kongsikan fakta ni.. Kesimpulannya, apa sahaja pun kenalah bersederhana.. 



SUSU rendah lemak semakin menjadi pilihan para penguna yang mementingkan pengambilan minuman berkalori rendah.Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan dua penyelidik, David Ludwig dari Hopital Kanak-kanak Boston dan Dr. Walter Willett dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati susu rendah lemak boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.

"Belum ada data jelas yang mengaitkan pengambilan susu rendah lemak boleh mengurangkan berat badan.

"Sebaliknya, penggemar susu rendah lemak cenderung untuk gemuk kerana meminum susu rendah lemak tidak mengenyangkan, sebaliknya mendorong mereka untuk mengambil makanan dan minuman lain dalam kuantiti yang banyak," ujar Ludwig baru-baru ini.

Sementara itu, menurut pakar endokrin kanak-kanak, Dr.Mark Daniel DeBoer dalam kajiannya mendapati kanak-kanak yang meminum susu rendah lemak lebih gemuk berbanding kanak-kanak yang meminum susu skim.

"Satu fakta yang perlu diingat, secara umumnya susu rendah lemak mempunyai kadar gula lebih tinggi supaya rasanya lebih sedap. Selain itu, kandungan zatnya juga lebih sedikit berbanding susu skim.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

Comments

  1. kadang2 membeli sbb saya lebih suka full cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusla macam tu.. saya lak mmg cukup gemar semua jenama yang ada tulis low fat milk ni,, lepas hari ni nak kurangkan la

      Delete
  2. Memangla..tu marketing strategy jer..dulu2 ada dietition ajar kita..maklumla ms pregnant ada diabetes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutla i semakin bulat skrg...oh tidak

      Delete
  3. Baru start minum susu balik. Sian la baby mak dia x minum susu. Nnti, x putih la mcm abg - erkkk... saja je. Habis kalo mkn kicap, gelap ke? Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... Org mengandung kes lain..xpe minum susu banyak...
      susu anmum atau jenis lain yg utk ibu mengandung MA tak minum ke? Yang tu ok ...

      Pasal kicap tu saya rasa tak beri kesan.. Masa naim mmg saya tak makan, percaya juga macam tu takut anak jadi hitam. Tapi mmg gemar kicap, masa nazif saya makan je semua, berserah kpd Allah. Alhamdulillah, Nazif tak hitam pun.

      Delete
  4. Saya tak suka susu rendah lemak. Cuma minum full cream je. Nyum2. Rasa mcm kurang sifat je low fat tu. lidah x serasi. Tq utk info ni

    ReplyDelete
  5. akak minum susu full cream je sekarang ni...rasa lebih sedap

    ReplyDelete
  6. Ohh baru tau AN...mg selalu ambik rendah lemak ...kononnya nak bagi tak gemuk...rupanya gitu pulak eh!

    ReplyDelete
  7. baru tau ni Aisy..saya selalu ambil susu rendah lemak..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts