putus kaki semasa bertugas

Insaf,sedih dan simpati saya baca berita ni. Seharian di sekolah terasa memenatkan betul. Terasa nak tukar kerjaya sahaja yang di dalam fikiran saya dalam perjalanan pulang tadi. Rupanya kat luar selain saya ramai lagi orang lain yang jauh lebih berisiko. Semoga Allah merahmati saya selalu. Semoga hari esok juga lebih membahagiakan saya. Semoga Allah menunjukkan saya jalan yang sepatutnya serta semoga saya berjaya tempuh dugaan yang diberikan kepada saya dengan baik...

KUALA BESUT - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian, mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata, selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.

"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut.



Hakcipta terpelihara 

Comments

  1. Kesiannya org tu. Malang tak berbau.

    *Aisy, kita happy2kan diri je. Pejam celik, pejam celik..lama2 kan tua... pastu pencen. Hehe.... I klu nak kembalikan keceriaan itu je la yg I pikir.

    ReplyDelete
  2. ngeri baca berita tu...
    Itu la risiko bila kerja... arwah ayah dulu pun polis, pernah patah kaki gara2 kejar pencuri...

    ReplyDelete
  3. Sedih baca berita ini, kesian mangsa..

    Urmmm, kerjaya memasing punyai risiko tersendiri, redha jer..

    ReplyDelete
  4. Kesiannya..demi tugas mmg xleh nk wat apa..risiko ada kt mn2 skrg xkira luar atau kat umah sndiri..

    ReplyDelete
  5. Kesiannya..risiko ada kt mn2 je skrg, luar rumah mhupun kt umah sndiri..

    ReplyDelete
  6. pemandu kereta tu berdepan dgn hukuman berat...tunguuuuuu...

    ReplyDelete
  7. Kesian nya... semoga dia dan keluarganya tabah.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah kesiannya, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kesiannya...
    Moga kita dijaukan dan dipelihara olehNya kan AN

    ReplyDelete
  10. kesiannya..risiko semasa bertugas..semoga pegawai polis dan keluarganya tabah menghadapinya

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1