pucuk ubi kayu

Hai semua, dah menunggu di meja makan ke? Juadah dah tersedia kan? Tunggu laungan azan je tu.

Petang ni salah satu hidangan berbuka kami ialah pucuk ubi kayu. Tak dirancang sebenarnya. Semasa menyiapkan bahan untuk masak kangkung goreng, saya terlihat botol budu. Terus terfikir yang kalau ada ulam tentu syok buat cicah dengan budu. Kebetulan pula, semasa keluar nak mengambil daun limau purut untuk masak paprik, tetiba mata saya terpandang ke arah pokok ubi kayu yang tak berapa nak hidup tu.

Dah lama tanam pokok ubi kayu ni sebenarnya. Dah lebih setahun, namun mungkin faktor tanah tak subur, ketinggiannya masih lagi agak tak tinggi. Tapi dapatlah juga seikat buat celur tadi, bolehla buat rebut cicah budu dengan suami yang cukup gemar dengan pucuk ubi dicicah budu ni.

Ada ke cara nak buat pokok ubi kayu ni lebih segar? Mana tahu boleh makan ubi kayu pulak nanti kan?

Comments

  1. Wahh menu x di rancang. Err klu bab tanah x ok mmg x dpt nk tolong. Mmg kena gali tanah tu kot ada batu gembir semula dan letak tanah lain. Baru blh hidup elok apa je pokok pasni

    ReplyDelete
  2. tanah berbatu kot, susah pokok nak hidup..

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan lauk ni. Kalau makan dengan singgang mesti lg sedap.

    P/s : Siram hari2 kot pokok nya & letak baja. hehe

    ReplyDelete
  4. Bab tanam menanam tak berani nk jadi consultant hehe... Tu kena tanya pakar tu AN....
    selalunya kalau teringin ni makan pucuk ubi ni beli je kat Pasar Tani AN

    ReplyDelete
  5. Sdpnya pucuk paku. Sy suke digandingkan dgn sambal belacan yg cair sikit tu. Peh!

    ReplyDelete
  6. memang kesukaan akak pucuk ubi kayu ni..

    ReplyDelete
  7. beli la tanah elok skit, ada jer jualkat kedai.. suh mek post ker dr kg. hehehe

    ReplyDelete
  8. lama tak makan pucuk kayu ubi..teringin la pula makan..
    tanah tu kena tukar rasanya Aisy

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?