kenapa agaknya?

Pagi 1 Ramadan ni kami dikejutkan dengan Naim yang tiba-tiba bangun pagi tadi tak dapat berjalan macam biasa. Macam orang yang lemah lututnya, Naim boleh dan juga cuba berjalan tapi dia terjatuh bila beberapa langkah mencuba. Mulanya saya nampak dia mengesot, lalu saya suruh Naim jalan. Barulah perasan yang langkahnya berlainan hari ini.

Papanya segera buat keputusan kerja dari rumah. Lutut Naim disapukan minyak sambil digosok-gosok. Disuruh berjalan kembali, Naim cuma nak berjalan sikit setelah dia terjatuh lagi. "Kaki Naim sakit," katanya.

Entah apa yang dah jadi. Mengada-ngada ke dia atau memang ada yang perlu dirisaukan. Saya yang mulanya juga tak nak ke sekolah kini dah mula bersiap siap nak ke sekolah bila nampak Naim dah boleh berjalan elok sikit daripada tadi. Tapi dia banyak mengesot kalau tak disuruh berjalan. Harapnya tak ada apa apa yang berlaku. Kawan-kawan ada pengalaman tak pasal hal ni? Apa ye sebabnya? Risau juga kan?

Comments

  1. cube bwk jumpe doktor dulu..bahaya kalau biarkan..

    ReplyDelete
  2. Risau kan kalau anak tetiba bermasalah..saya tak pernah lagi dgr macam ni..cuba bawa ke klinik supaya doktor boleh diagnos kalau ada yang tak kena..semoga Allah jauhkan dari perkara2 buruk

    ReplyDelete
  3. assalam AN..kalau budak tak pernah pulakacik dengar..kalau dah berusia..memang ada masa kadang2 tu tiba2 sakit tak boleh nak berdiri betul atau pun tak boleh nak berjalan

    ReplyDelete
  4. Sy rs, maybe ms tidur tu kakinye terlipat lama. Darah x berjalan n kebas tanpa sedar. Bila lama kebas, badan imun dan kaki jdk lemah. Sy pnh kena mcm Naim ni. Inshaa Allah, hal kebas je tu. Tak de pe. Skg ni die ok tak? Klu stil tak ok, elok bwk g jumpe doktor.

    =D

    ReplyDelete
  5. Naim demam tak Aisy? Kalau demam mungkin sakit kat urat saraf dia, anak² pernah kena. Kalau tak demam just check sekitar pelipat & lutut ada apa² yg luar biasa tak... Kesian Naim takleh melasak, harap² nothing serious...

    ReplyDelete
  6. risau jugak mcm tu kan,tp akak pun taktau la apa sebabnya,mungkin naim rasa lemah lutut kot..

    harap2 akak tak bersalin dibulan puasa ni,biarlah sempat beraya dulu...hehehe

    ReplyDelete
  7. anak saya pernah kena
    tanpa sebab tetiba jalan heret kaki
    bawak ke do siap xray xde apa
    last2 bawak jumpa org pandai telek
    katanya anak saya terlangkah barang
    di beri limau utk mandi..alhamdulillah ok
    sy mmg tak percaya pd mulanya tp bila kena kat anak sndiri sy percaya benda tu mmg wujud

    cubalah cari ye

    ReplyDelete
  8. Alamak.... siannya. Xtau la. Xde idea. Semoga xde pape =)

    ReplyDelete
  9. Harap naim tak de apa2..in sha allah

    ReplyDelete
  10. go for an immediate checkup. jgn tangguh....

    ReplyDelete
  11. Mungkin naim ada jatuh tak? cuba tanya dia betul2....
    saya tak de pula penglaman mcm ni

    ReplyDelete
  12. klo btrusan..maybe bawa jumpa doc.. kalo sekali ni je..insyalalh..smuanya ok...

    salam ramadhan dr lya sekeluarga.. smoga sgala amalan kt diterimanya..amin

    ReplyDelete
  13. Mungkin ada terkehel, better bwk jumpa Doktor.

    ReplyDelete
  14. hah, kena bw jumpa yg lebih ariff,,,

    ReplyDelete
  15. Mau tak risau AN... Tp nmpk dah ok tu... Insyaallah tak de pape kot!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts