Meraikan Ramadan

Segan nak bagitahu, setelah tiga tahun saya berada  di sekolah ni, hari Khamis hari tu ialah kali pertama saya hadiri majlis berbuka puasa anjuran pihak sekolah. Dua tahun sebelum ni, entah kenapa saya tak menyertainya.
 
Beberapa hari sebelum lagi, cikgu dan murid-murid memang kelihatan bersungguh nak menjayakannya. Itu jugalah yang membuatkan saya rasa kali ni memang kena hadiri juga. Alhamdulillah, memang dapat turut sama memeriahkan majlis.
 

Majlis ini dimulakan dengan majlis khatam Quran pada petangnya, berbuka puasa beramai-ramai, solat maghrib bersama dan juga terawih. Terharu saya melihat ramai murid menyertai majlis khatam Quran yang dibuat seawal pukul 6 petang. Bilangan murid yang menyertai jauh melebih sasaran, 86 orang kesemuanya berbanding jangkaan 60 orang. Sokongan para ibu bapa juga cukup menggalakkan. Lega saya apabila melihat ada antara murid yang menyertai majlis khatam Quran ni murid yang di dalam kelas nampak tak ada bakat pun untuk menyertai aktiviti macam ni. Jadi, memang betullah kata jangan nilai seseorang berdasarkan luarannya sahaja. Lunak merdu suara diorang mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran tu, buat saya rasa terharu betul.

 Walaupun makanan ditempah daripada pihak kantin, namun tenaga semua guru semasa menjayakan majlis memang menbanggakan. Nak menghidangkan makanan untuk ramai orang ni, kalau tak cukup tenaga kerjanya memang rasanya majlis akan terencat. Namun, semuanya Alhamdulillah telah berjalan lancar.
Walaupun murid-murid makan di dataran dan bersila aja, namun tetap kelihatan meriah. Siap minta tambah lagi lauk yang ada. Nasi tomato yang disediakan nampaknya cukup menarik dan sedap walaupun kebanyakan murid saya lihat cuma ambil nasi dan ayam merah.

Insha Allah tahun seterusnya kalau berkesempatan lagi saya akan sama-sama lagi memeriahkan majlis ini lagi...

Comments

  1. seronoknya berbuka puasa ramai2

    ReplyDelete
  2. saya tgk gambar tu pun rasa terharu jer.. dah lama tak hadiri majlis macam tu.. sob sob...
    Memang setiap tahun, kalau ada kelapangan saya suka hadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai sama ada anjuran universiti atau sekolah suami... huwaa, rindunya dgn suasana macam tu :(

    ReplyDelete
  3. seronoknyer dapat bukak pose ramai2 gini. mesti meriah sgt kan

    ReplyDelete
  4. Waaa ada jek gambar ai kat situ. Tu tq tq

    ReplyDelete
  5. Yg ptg tu, Kegembiraan berbuka sama2. At least x berapa formal nk beramah mesra

    ReplyDelete
  6. Tahan sebelum ni pregnent kot hehe...Sesekali turun padang best jugakkan AN... Janji jgn disuruh memasak!

    ReplyDelete
  7. Tahun ni sy x join apa2. Sejak syafiq lasak sy malas nk campur

    ReplyDelete
  8. seronoknya dpat berbuka ramai2 mcm tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?