Menukar kebiasaan

Kecoh rupanya pasal harga ayam naik sekarang ni. Rasanya saya tak risau. Walaupun saya tak risau sebab bukan saya yang bayar barang basah, namun itu bukan sebab utama tau. Sayang juga duit suami kita keluar lebih banyak untuk beli ayam, kan? Nanti, akhirnya secara langsung kita juga yang rasa kesannya. Kot nanti duit raya kurang, kot juga tak hulur duit beli hadiah hari jadi, tak pun kot kita lak yang kena beli baju anak nanti? Haha, contoh kemain ye.. Itu saja, nak bagi korang faham situasi. Macam bagi contoh kat murid-murid pulak jadinya.

Sebab saya tak risau pasal harga ayam naik adalah kerana saya tengok sejak puasa ni, permintaan ayam kat dalam rumah saya ni tak bertambah pun. Walaupun orang lain cakap biasanya permintaan untuk makan di bulan ni selalunya berganda, kat rumah kami, nampaknya macam biasa je. Dengan minat Naim masih lagi ayam kicap, ayam masih lagi menjadi lauk rasmi. Cuma kuantiti hidangannya tak bertambah. Menu bersahur kami kebanyakannya ialah ikan bilis.. Ingat senang nak hindarkan ayam kalau ikut kebiasaan kat rumah ni? Payah tau.

Tahun ni nampaknya ada kemajuan. Apa taknya masakan ikan bilis saya dah pelbagaikan menyebabkan suami saya tak kisah berlaukkan ikan bilis semasa sahur. Nampak bertambah lagi nasi panas dengan lauk ikan bilis. Memanglah guna resepi orang lain, saya pun cari di google. Tapi, dengan masakan ikan bilis masak kicap, ikan bilis goreng dengan bawang dan cili atau pun sambal ikan bilis tumbuk setakat ni memang licin dimakan oleh suami saya. Seronok saya makan pun. Kalau makan sorang-sorang je tak seronok juga, kan?

Stok ikan bilis dah makin kurang nampaknya. Eh, harga ikan bilis pun ada naik juga ke? Tak kot? Nak kena tambah lagi nanti. Dengan ikan bilis tak payahlah saya beriya masak untuk sahur. Masa memasak pun tak lama. Korang patut cuba resepi sambal ikan bilis tumbuk ni, memang sedap lah. Cuba tau..

P/s : Tajuk asal entry ni saya tukar supaya tak overshadow perkara sebenar yang nak dihighlightkan... dan juga nak elakkan salah faham. 

Comments

  1. Kat sini ikan bilispun mahal daa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops... kalau gitu kena risau juga ni..

      Delete
  2. setiap kali musim perayaan..setiap tahun...isu yg sama berulang-ayam naik harga..
    kenapa raya cina/india..tak pulak dengar isu mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan? raya puasa je isu harga naik ni adalah... peniaga cina sengaja amik untung masa ni kot?

      Delete
  3. ikan bilis kalau nak sedAp kena beli yg kecil. tp mahallah skit. kalau yg murah biasanya terlebih masinlah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami biasa beli di tapah, murah sikit berbanding di area kita ni. jimat sikit...

      Delete
  4. ikan bilis..akak suka...dimasak sambal dgn petai atau digoeng dgn bawang dan cili sahaja,tu dah cukup buatkan akak berselera,sampaikan en.azmi pun dah tersuka juga...

    ReplyDelete
  5. hayyaa...apabila pendapatan melebihi kos keperluan...uhu....
    kat sini, seafood je la yang murah pon..tapi cam boring gak makan udang galah hari-hari...nak makan ayam pon kena pilih, kot2 x sempurna sembelihannya...nak balik pose kat kampung!! =(

    ReplyDelete
  6. assalam AN..dirumah acik pun ikan bilis.kalau hero bongsu acik tak balik..tak de lauk ayam dalam rumah ni.
    ikan bilis yang cepat habis..hari ni kena top up stok ikan bilis..sekali beli setengah kilo ikan bilis belah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah nampaknya....
      itulah, mesti acik pun suka makan untuk sahur..

      Delete
  7. Rasa nya tahun ni paling mahal harga barang.

    ReplyDelete
  8. OKje pun suka ikan bilis ni AN...memang mabeles.... goreng ngan bawang dan cili pun sodap hehe....Tapi Ikan bilis cenggitu mahal jugak tau AN ! hehe

    ReplyDelete
  9. Sy pun dok pulun msk ikan bilis je ni. Hehehehe. Tapi tak ley msk selalu. Kolesterol tinggi tu...

    ReplyDelete
  10. Ye betul.. Umah saya pun ikan bilis lbh laris bln posa ni

    ReplyDelete
  11. Kalau nasi panas, mmg sedap! Makan dgn bubur nasi lagi la sedap. Mcm2 boleh masak dgn ikan bilis ni

    ReplyDelete
  12. salam ain..salam ramadhan..camner buat kerabu semalam? ok x? kak intan pon suka ikan bilis..kalau buat sambal ikan bilis mesti kak intan buat banyak banyak..x abes leh simpan…

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts