Membesar sihat dan kuat

Pagi ni awal-awal lagi saya dah usap kepala Nazif sambil cakap kepada dia, "Hari ni adik jangan nangis ye, jadi good boy, tahu?". Lepas tu elok je dia tidur. Jadi, apa lagi, lepas tu saya cepat-cepat mandi. Ingatkan sempat buat banyak kerja sementara Nazif tidur.

Tapi, selepas mandi tadi saya cuma sempat masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, cuci pinggan mangkuk semalam, lipat baju-baju dan kemaskan sikit di ruang tamu.

Baru je nak sediakan sarapan, papa N dah bawa turun Nazif. Lepas tu dia bersiap dan pergi ke pejabat, tinggallah saya menguruskan Nazif seorang. Jadi saya hari ni bersarapan dengan biskut tiger je. Dah terbiasa masa di kampung sekitar pukul 7 lebih mak dah siapkan sarapan dan memang sedap-sedap makanan yang disediakan..Nak bersarapan lengkap macam di kampung, payahla.. Baru tiga hari balik ke rumah sendiri, dah rindu kampung...

Comments

  1. dekat kg @ umah parent kita mmg best kan... nanti sy pun berpantang dekat umah parent gak.. insyaAllah :-)

    ReplyDelete
  2. nati ina akan update blog tak bila berpantang di kampung? ala, bosanla kalau tak ada update dari blog ina.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?