Naim: Sampai puas mandi

Kisahnya, semalam tu lepas je balik daripada sukan tahunan sekolah tu saya cepat cepat berkemas. Dah lama simpan niat di hati nak bawa Naim mandi puas-puas di Gold Coast Morib.  Sian anak mama ni ye, pantang tengok air pancut atau kolam mesti minta nak mandi... Bukan jauh pun, tapi masanya yang asyik tak sesuai je. Jadi, hari Jumaat hari tu tengah berpanas di Stadium Negara Panasonic tu tetiba saya terfikir, nak kena pergi jugalah Ahad ni. Sebabnya, tiket groupon yang dibeli dah nak habis tempoh. Daripada rugi cam tu je, tak elok kan? Itulah kalut jadinya, bertolak dari rumah pun dah pukul 3.20, jadi kami sampai pun pukul 4 lebih.



Lepas solat asar je terus semua turun ke tempat mandi. Naim, seperti yang dijangka, seronok betul dia. Sejam pertama masa main air tu, macam histeria dia menjerit setiap kali badan cecah air.. Rasa rugi pula tak rakamkan senyuman seronok Naim saat tu. Tak bawa turun kamera sebab kononnya semua pun nak mandi. Tapi, Nazif pula takut air. Mama pun tak jadi mandi manda sebab Nazif memang menangis kalau cuba bagi dia kena air. Ai, budak kecik ni.. Dia seronok tengok orang main je. Siap lambai lagi pada orang yang lalu lalang.

Malam pula kami ke Pantai Bagan Lalang untuk makan malam. Masa makan tu, dua beradik ni tidur. Agaknya penat main air banyak petang tadi. Tapi tidaklah romantik jadinya makan malam mama dan papa ni. Seorang pangku Naim dan seorang pangku Nazif. 

Tiket yang saya beli ni termasuk sarapan pagi. Tapi, tempat makannya bersebelahan dengan kolam mandi. Ini maknanya tak senanglah kami nak makan. Naim bukan nak makan pun, asyik ajak ke tempat mandi je.. Jadi, nak menunaikan hasrat Naim, papanya bawa Naim mandi lagi sebelum check out. Saya dan Nazif kali ni tak ikut, sebaliknya kami main air di jakuzi dalam bilik.
seronok Nazif main air agaknya, lepas tu dia tidur agak lama sementara kami menunggu papa dan abang balik ke bilik. 

Habis hati nampaknya Naim kali ni. Dapat mandi puas puas sampai dia yang minta nak naik ke bilik. "Naim penat, jom masuk bilik"' katanya. Sempat lagi dia minta papa belikan kereta mainan sebelum balik. 

Naim gembira, Nazif senang hati makanya mama dan papa pun gembira. Taklah rasa bersalah asyik sibuk bekerja saja pada beberapa minggu yang lalu.

Comments

  1. Amboi, seronoknya 2 org hero ni....ala, nape tak amek gamba Naim? Nak gak tgk die mandi2 hepi tu. Heheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah nak dapatkan gambar naim sekarang, jadi pemalu pula dia kalau gambarnya nak dirakam..

      Delete
  2. wah bercuti di Gold Coast pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang alang sekolah amik cuti peristiwa hari ni, jadi bawa anak anak jalan....

      Delete
  3. Masa anak-anak kecik inilah kena gunakan masa sepenuhnya Aisy. Kalau mereka dah duduk asrama atau sekolah jauh susah dan sama-sama dpt cuti yg serentak.

    Tak lama adik pun akan jadi teman abang main air. Masa itu laagilah seronok dua-dua dah pandai main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan kakak.. dah besar nanti diorang pun taknak ikut kalau mak ayah nak jalan kan? masa tu nanti mak ayah pula yang tak seronok, kan

      Delete
  4. Puas hati berendam bersungguh2. Nice la this place.

    ReplyDelete
  5. Macam best la..dah besar nazif,dah transform muka uncle dia lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, mentang2 nazif ni bulat ye...cik zilla ni..
      janganla doakan nazif jadi bulat macam uncle intan payung....tak larat nak dukung nati....

      Delete
    2. Hihi..tak masinnya mulut saya..cer tgk dia posing..muka la nk sama..bdn jgnla sama..

      Delete
  6. nampak menarik kat situ yeh An...Rasanya ramai dah baca entri blogger pasal Gold Coast...Teringin pulak nak pergi!

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak tgk muka Nazif, dah makin besar dan hensem :)
    Nampak macam best jer kolam kat sana.. boleh la bawa anak2 nanti... kat sini pun selalu anak2 request nak mandi kolam... tapi fikir 10 kali nak pergi sbb banyak "pencemaran mata"... ekekke, balik M'sia baru boleh mandi kolam puas2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..mmg dah makin besar dan bulat..hensem budak ye..

      aa, part ni rasa tak selesa pula kalau kat sana ye, tentu semuanya pakai tak cukup kain. Takpe, bagi danish dan irfan main salji puas puas dulu..

      Delete
  8. seronoklah naim main air ye,akak pun teringin nak bawa adam ke sini juga,tp ntah bila dpt bawa pun taktau la,sabtu ahad en.azmi bizi je skrg,harap2 dpt bawa sebelum akak bersalin nanti

    ReplyDelete
  9. geram tgk nazif..comel sgtttttttt..syok sungguh naim mandi ya...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?