Petua melancong ke Korea
Selepas balik dari Korea ni, ada beberapa rakan saya yang bertanya, macam mana keadaan kami semasa di sana, memandangkan kami bergerak sendiri tanpa ada khidmat pemandu pelancong khas. Ramai yang sedia maklum, di Korea payah nak dapatkan makanan halal dan juga warganya tak ramai yang faham Bahasa Inggeris, bahasa kita lagilah payah. Jadi, kat sini saya bagi sikit tips setelah melalui sikit pengalaman semasa ke sana.
Pertama, kena ada persediaan yang lengkap. Kalau main redah je, memang tak sesuailah. Kumpulan kami hari tu 14 orang yang semuanya ahli keluarga suami. Antara yang ikut tu, inilah dua orang yang banyak betul menjayakan perjalanan kami. Abang Man dan isterinya Kak Sal, yang telah buat kajian beberapa bulan sebelum. Diorang ni gigih tengok blog rakyat Malaysia yang pernah ke Korea. Tak cukup dengan tu diorang ni juga tengok blog berbahasa Jepun juga. Tak cukup dengan tu, diorang ni juga update dengan blog pelancongan Korea untuk mengetahui acara yang menarik yang sesuai dengan tarikh yang kami bakal ke sana. Siap buat dan printkan jadual perjalanan setiap hari yang lengkap lagi, sebelum kami bertolak ke sana. Memang lengkaplah, sampai kitaorang cakap, kalau nak ke luar negara lagi, boleh lantik Abang Man jadi tourist guide kami..
Kedua, bawa bekal makanan yang cukup untuk tempoh berada di sana. Kami ni, sampai berlebih, ada yang terpaksa ditinggalkan bila nak balik hari tu. Memang niat nak ke sana tengok tempat yang menarik dan tengok budaya orang lain, jadi, kami tak kisah setiap hari makan nasi dengan lauk segera Brahim, telur goreng, serunding daging dan sambal ikan bilis. Jangan kata tak sedap, saya siap bawa kicap dan Kak Sal siap bawa sebotol sambal belacan, mau tak bertambah makan walaupun di perantauan... Beberapa kali je kami sempat makan di kedai, sebab memang tak banyak restoren halal yang kami jumpa berdekatan dengan tempat yang kami kunjungi. Kebanyakannya memang kami makan berkelah kat mana tempat yang sesuai.
Seterusnya, kalau bab makan ni, korang kena pastikan dalam ahli rombongan tu ada yang rajin masak. Kalau cakap pasal, pandai semua pun pandai, tapi dengan kaki lenguh dan badan penat lepas berjalan- jalan, tak ramai yang rajin nak masak. Jadi, lain kali kami akan pastikan bawa Cikgu Rok lagi kalau nak ke mana, kata Kak Sal...
Lagi, kalau ke Korea ni, kena mahir baca peta. Peta memang banyak disediakan kat mana-mana tempat. Kita boleh ambil dan rujuk ruangan yang berbahasa Inggeris. Bab ni memang boleh puji. Kita boleh ambil pelbagai peta dan kena faham betul betul supaya tak sesat. Lagi lagi kalau menggunakan subwaynya yang dikatakan ada 15 line, itu saya tak pastilah. Tapi yang saya pasti, antara perjalanan yang paling tinggi ialah ada subway yang kedudukannya 5 tingkat ke bawah tanah. Tinggi giler tau... Walaupun saya cuba nak gunakan ayat yang sopan dalam penulisan saya, tapi bahagian ni memang nak juga tulis macam tu. Memang tinggi giler, escalator yang membawa kami naik dari subway di sebuah stesen tersebut. Kalau nak kena panjat sendiri, rasanya tiga kali berhenti ambil nafas baru boleh sampai ke atas..ai, tak sanggup...
Di samping itu, jangan segan bertanya kalau sesat atau tak pasti tentang sesuatu. Pasti ada yang akan menolong kita. Kalau terpaksa melukis orang lidi untuk terangkan apa yang sepatutnya pun, bolehlah usahakan macam tu...
Petua terakhir yang saya sempat fikir malam inilah kalau nak berjalan dalam kumpulan yang ramai ni, paling penting ahlinya kena dengar arahan ketua. Kalau di tempat tersebut, diarahkan masa bersiar-siarnya dua jam, maka kenalah kembali ke tempat berkumpul pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan ahli yang lain risau atau rancangan terganggu.. Masa kami ke istana lama iaitu Gyeongbokgung Palace, disebabkan salah seorang ahli rombongan tak hadir ke tempat yang dijanjikan, masa dua jam tu banyak aktiviti lain yang kami sempat buat sementara menunggu orangnya dijumpai. Alhamdulillah, selamat dijumpai akhirnya..
Bergambar dengan pengawal istana yang bertugas, tinggi betul orangnya kan?
Sempat tengok perarakan untuk upacara pertukaran shif antara pengawal istana.
Main cop-cop pun sempat, ai, maklumlah tak sempat main puas-puas masa kecil dulu.
Tapi, bagi yang tak nak susah memang kenalah fikir beberapa kali kalau nak melancong tanpa pemandu pelancong bertauliah.. Citarasa orang tak sama, kan? Ada yang tak nak susah fikir, ada yang tak nak naik subway, ada yang tak nak masak, ada yang tak nak angkut barang berat-berat. Namun, bagi saya semua itu pengalaman yang tak mungkin boleh dibeli. Jadi terpulanglah kepada diri sendiri..
Pertama, kena ada persediaan yang lengkap. Kalau main redah je, memang tak sesuailah. Kumpulan kami hari tu 14 orang yang semuanya ahli keluarga suami. Antara yang ikut tu, inilah dua orang yang banyak betul menjayakan perjalanan kami. Abang Man dan isterinya Kak Sal, yang telah buat kajian beberapa bulan sebelum. Diorang ni gigih tengok blog rakyat Malaysia yang pernah ke Korea. Tak cukup dengan tu diorang ni juga tengok blog berbahasa Jepun juga. Tak cukup dengan tu, diorang ni juga update dengan blog pelancongan Korea untuk mengetahui acara yang menarik yang sesuai dengan tarikh yang kami bakal ke sana. Siap buat dan printkan jadual perjalanan setiap hari yang lengkap lagi, sebelum kami bertolak ke sana. Memang lengkaplah, sampai kitaorang cakap, kalau nak ke luar negara lagi, boleh lantik Abang Man jadi tourist guide kami..
Kedua, bawa bekal makanan yang cukup untuk tempoh berada di sana. Kami ni, sampai berlebih, ada yang terpaksa ditinggalkan bila nak balik hari tu. Memang niat nak ke sana tengok tempat yang menarik dan tengok budaya orang lain, jadi, kami tak kisah setiap hari makan nasi dengan lauk segera Brahim, telur goreng, serunding daging dan sambal ikan bilis. Jangan kata tak sedap, saya siap bawa kicap dan Kak Sal siap bawa sebotol sambal belacan, mau tak bertambah makan walaupun di perantauan... Beberapa kali je kami sempat makan di kedai, sebab memang tak banyak restoren halal yang kami jumpa berdekatan dengan tempat yang kami kunjungi. Kebanyakannya memang kami makan berkelah kat mana tempat yang sesuai.
Seterusnya, kalau bab makan ni, korang kena pastikan dalam ahli rombongan tu ada yang rajin masak. Kalau cakap pasal, pandai semua pun pandai, tapi dengan kaki lenguh dan badan penat lepas berjalan- jalan, tak ramai yang rajin nak masak. Jadi, lain kali kami akan pastikan bawa Cikgu Rok lagi kalau nak ke mana, kata Kak Sal...
Di samping itu, jangan segan bertanya kalau sesat atau tak pasti tentang sesuatu. Pasti ada yang akan menolong kita. Kalau terpaksa melukis orang lidi untuk terangkan apa yang sepatutnya pun, bolehlah usahakan macam tu...
Petua terakhir yang saya sempat fikir malam inilah kalau nak berjalan dalam kumpulan yang ramai ni, paling penting ahlinya kena dengar arahan ketua. Kalau di tempat tersebut, diarahkan masa bersiar-siarnya dua jam, maka kenalah kembali ke tempat berkumpul pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan ahli yang lain risau atau rancangan terganggu.. Masa kami ke istana lama iaitu Gyeongbokgung Palace, disebabkan salah seorang ahli rombongan tak hadir ke tempat yang dijanjikan, masa dua jam tu banyak aktiviti lain yang kami sempat buat sementara menunggu orangnya dijumpai. Alhamdulillah, selamat dijumpai akhirnya..
Bergambar dengan pengawal istana yang bertugas, tinggi betul orangnya kan?
Sempat tengok perarakan untuk upacara pertukaran shif antara pengawal istana.
Main cop-cop pun sempat, ai, maklumlah tak sempat main puas-puas masa kecil dulu.
Tapi, bagi yang tak nak susah memang kenalah fikir beberapa kali kalau nak melancong tanpa pemandu pelancong bertauliah.. Citarasa orang tak sama, kan? Ada yang tak nak susah fikir, ada yang tak nak naik subway, ada yang tak nak masak, ada yang tak nak angkut barang berat-berat. Namun, bagi saya semua itu pengalaman yang tak mungkin boleh dibeli. Jadi terpulanglah kepada diri sendiri..
Untunglah klu ke Korea boleh bwk bhn2 mentah dari tanahair... klu ke Aussie diorang straight sikit. Itu ari terbawak biskut Shashal yg hanya 1 gigitan dlm luggage pun dah ambik masa 1 jam beg kena geledah. Hehe..
ReplyDeleteoh yeke? berbeza ikut negara kot. kalau famili saya mmg kalau travel selalu bawa makanan dari msia. paling tak pun biskut mmg sentiasa dibawa., abg ipar aritu beberapa minggu di austin, texas bersarapan dengan kuih peneram dan baulu je... mmg bawa banyak.
DeletePergi dalam group sendiri gini lagi best, lebih fleksible tapi masih rasa secure. Plus, ada orang yang dah rekkee tempat tu, ok la kan, personal tourist guide gitu.
ReplyDeleteCikgu Rok pun dah nampak macam ahjumma jer hihi.
Haha..mmg sesuaai jadi mak su saya, kan?
DeleteHihihihi... puas jalan. Ikut tour guide lg penat. Semuanya ikut diorang bawa. Kadang2 tpt yg kita x suka.
ReplyDeleteBetul, kita boleh adjust sdiri masa kita...
Deletewah, ramainya ahli rombongan... bagus la kalau ada kepala yang rajin buat research... mostly kalau tempat yg saya pergi holiday, mmg saya pening kepala sorang2 nak rancang percutian... tapi nak buat macam mana, kalau tak propose, tak berjalan ke mana la jawabnya :)
ReplyDeleteKalau macam tu, nur ni mmg jenis pandai agak keadaan lah nampaknya.. Lain kali nak ke mana? Nak ikut..hihi
Deletekalu akak memang tak pergi la jawabnya..nak berjalan semua harapkan adik je,sebab akak tak pandai bab2 nak research benda2 mcm ni,yg akak tau bg duit je la hehehe..
ReplyDeletewah,bestnya pergi korea.....dengan family lagi...tapi seronok dapat kenal tempat dan budaya org lain...mesti suka travel kan?...Jom pergi travel FREE to Australia...siap dapat duit poket lagi tau...nanti singgah rumah zura yer...www.zurarahman.com
ReplyDeletebest nih...tips yang bagus bg sapa yg nak pi korea kan.
ReplyDeleteSalam.. Boleh tak emailkan kat saya contoh jadual yg dibuat, saya rancang nak bercuti ke sana lah... Tq in advance email mrpolie@yahoo.com
ReplyDeleteSalam, boleh tak saya dapatkan contoh jadual yang dibuat semasa melamcong..
ReplyDeletemrpolie@yahoo.com
Terima Kasih...
best nya sis, teringin nak buat rancang percutian tanpa tour guide mcm ni.. lg puas hati kan. =)
ReplyDeletebest nya! teringin nak rancang percutian kat sini tanpa tour guide, lagi puas hati kan. =)
ReplyDeleteas-salam salam kenal.
ReplyDeletetips yg bagus ni
thanks share tips ni
Ohhhh patutlah OKje dapat keychan ngan pen dari Korea yeh.......ini rupanya certa disebalik souvenir tu..
ReplyDeleteTang org rajin masak tu mmg setuju...kalau bawak OKje sure rugi haha
ASSALAMUALAIKUM WBT.. waa bestnyer.. tips yg bgus.. teringin nk rncang percutian ke korea jugak.. kalau tak keberatan nak jugak mintak contoh jadual yg awak buat.. thanks sbb share tips..
ReplyDeleteemail. Farahitop90@yahoo.com
seronoknya dapa pegi ke korea...salah 1 dalm whishlist....tu yg duk research bagai nih...hihi.....bab bwk makanan sendiri tu best...duk seminggu pon x pa, asal dapat berjalan....motip nk berjalan negara org jer....hikhikhikhikhikhik
ReplyDeletehttp://honeyonnee.com
Assalamualaikum kak, nak tanya camne akak bawak kicap, sambal bilis ngan sambal belacan tu? letak dalam check in luggage ye? sy nak ke bulan depan ni..
ReplyDeletemak aih sedapnye kalau dapt bwk dua benda ni pi koreaaaa!
Botol kicap dan sambal belacan tu kami bungkus tebal2 dengan tuala dan surat khabar n masuk dlm luggage. Sambal bilis masuk je dlm luggage mcm tu sebab jenia sambal kering yg kami bawa.
Deletesalam...nadya nak pegi korea bulan May ni..memandangkan bwk 2 babies..tu yg xnak amik tour...sbab kalau amik tour..bjalan shai suntuk..takut babies plak meragam2...
ReplyDeleteplan nak jalan2 sendri..tp dlm mase yg same..mmg takut coz xtau tpt nak jalan kat mane...
akak bleh suggest x itenerary?sy pegi dlm 7 hari...
akak bleh x email kat nadya.debelle@gmail.com