Semaknya seperti semak di dalam hatiku
wah, wah tajuknya kemain.. hati yang tak tenang semasa balik dari sekolah tadi menyebabkan saya tersinggah di kedai bunga dan bila dah tersinggah tu terbeli pula beberapa jambak bubgaplastik dan pasu kecil. Kononnya nak bagi rumah nampak berseri sikit, sebab setakat ni kat rumah saya tak ada langsung pasu bunga mahupun bunga.. Haha, memang tak berseni dan malas kan? Kalau ada bunga, tak ke kumpul habuk.... memang alasan orang malas..
Asalnya saya ke sekolah awal macam biasa, kul 11. Sampai je dapat tahu yang sekolah sesi petang dibatalkan sebab jerebu. Murid-murid sesi pagi pun telah dibenarkan balik pada pukul 11. Kononnya saya nak selesaikan kerja yang mana belum siap. Alang alang dah sampaikan, apa salahnya duduk buat kerja sekejap. Tapi sebelum tu saya cari resit bayaran perkhemahan hari tu untuk diberikan kepada PK Koko untuk tuntutan bayaran yang telah saya dahulukan.. Sedihnya, salah satu resit tu dah hilang. Terus hilang mood nak buat kerja dan saya balik terus pada jam 12. Balik ke rumah dah cari merata tapi tak juga jumpa. Nampaknya baki RM 60 ni terpaksa sedekah ajelah.. Mujur juga satu yang hilang, selamat lagi RM 180...
Nampak kecil je amaunnya ni kan? Orang yang tak kerja di bidang ni tak tahu, banyak perkara yang cikgu cikgu buat dengan kos sendiri. Kalau minyak dan tol tu dah biasa tak tuntut pun.. yang ni saya teringin nak tuntut sebab dalam surat panggilan hari tu, terang terang cakap, penyertaan tiada paksaan. Tapi pihak sekolah nak juga minta saya pergi dan bawa tiga orang anak murid sekali, itu yang saya rasa wajar tuntut walaupun hanya RM 240. Yang beli alatan kecil saya halalkan je lah....
Kali pertama gubah bunga sendiri, buruk jadinya kan? Melabur RM 75.60 tadi, hasilnya kelakar betul saya tengok... Tolong tolong... nak kena cari sesiapa yang biasa menggubah tolong perbaiki bunga saya ni...
Sorry la Aisy.. tak dapek nak nolong.. tangan saya pun xde seni menggubah. Rumah ni pun langsung xde seri bunga.. :)
ReplyDeletehaha..lain kali kalau nak beli bunga kena minta org kedai tu gubahkan siap2 , kan?
Deleteeh wajib tuntut claim ok, walau seringgit. Samapi beratus tu banyak tu.
ReplyDeleteBunga.. umah kami pun langsung tak der apa hiasan atau bunga plastik, lagi la kosong kosong kosong, sejak dulu pun mmg tak pernah ada. hahahhaa nampak sangat malas, so takleh la nak nolong u. have fun dear.
kebanyakan yang jecil kecil kami malas nak claim , nas.. bukan apa kaedah dan borangnya malas nak diisi... tu yang kalau bawah rm 50 kebanyakan guru sedekah je..
Deletehaha, samalah kita... ni kalau saya tak cari orang pakar betulkan, nampaknya masih macam dululah... kosong, kosong, bak kata najwa latif..
tapi mmg leceh la kan kalau nak isi banyak2, betul tu, yang mana patut sedekah jer la kan. I dulu my company wajib claim, kalau tak claim nnt kena buat report pulak. hahaha
Deletebetul tu. mak saya angkut printer ke sekolah. Kertas A4 selalu habis stok...memang cikgu beli sendiri. Belum masuk ink printer lagi. apa nak buat... jadi, kalau benda2 yang boleh claim tu, claim la...
ReplyDeleteink dengan kertas tu, mak kata halal je. untuk anak murid.
Ha..mmg pun.. Mak MA pernah alami,MA pun fahamlah kan situasinya....kami ni...Kenalah ikhlaskan dan redha jela..
DeleteEsok lusa lupalah pasal rm60 ni..
Haha..bawa mai sini..meh nk tolong gubah
ReplyDeleteOkeh boleh...buat cantik2 tau.
Deletetangan akak ni pun tak berseni,rumah hanya ada bunga tulip 4 kuntum,letak je dlm pasu,nak beli yg sejambak kena gubah alamatnya..hancur la bunga tu..hehehe
ReplyDeletehaha, samalah kita.. yang kelakar nya kan, suami saya cakap lawa bunga ni... haha, mujur dia pun tak reti tgk gubahan tu....
DeleteOKje pun bukan reti menggubah AN...kalau dicampur campur ngan daun panjang ke bunga kecik ok kot... atau banyak sangat tak bunga tu...
ReplyDelete