Jadi ibu kena sabar banyak, banyak sabar
Lama tak ceritakan pasal Naim. Makin membesar, nampaknya makin banyak kemahiran yang diterokainya sehari demi sehari. Ada masanya nak marah pun tak jadi bila dia tunjuk bakat. Macam hari ni, mentang mentanglah sepanjang hari dapat duduk kat rumah dengan ada mama, papa dan adik, Naim ni memang seronok.
Macam-macam yang dia main. Periuk, kuali, cawan, baju, sudu, buku, panty liner, air paip, air minum, ais, bantal, selimut dan macam macam lagilah menjadi bahan mainan dia. Dah habis cara larang rasanya. Saya pun pa lagi, yang mula-mulanya rasa nak bagi peluang mulalah naik angin.
Tapi, bila marah dia , dah mula pandai jawab dia ni. Saya tadi, ada cakap dengan dia," Naim ni tak dengar mama cakap, tak sayang mamalah tu, ". Dia pula jawab balik, " Tak sayang Naim lah tu".
Tak ke nak gelak jadinya. Ai budak tiga tahun ni. Macam masa dia usik adiknya tadi. Tahu dia yang salah sebab buat adik jatuh, belum sempat mamanya tegur dia terus nangis sama dan bila saya datang dekat, terus dia cakap, " Mama, Naim minta maaf".
Kesimpulannya, kanak kanak di usia ni memang nak kan perhatian ibu bapa. Saya perhatikan kalau di masa kita sibuk, makinlah diorang ni buat perangai. Ada masanya saya tak cuba nak faham, malah banyak marah kepada anak. Memang tak sabar kalau tak fikir panjang, tapi bila ingat yang diorang ni belajar dan akan amalkan kelakuan yang sama bila dewasa kelak, terus insaf jadinya. Jadi, semasa membesarkan anak kenalah amalkan kelakuan yang baik dan banyak sabar. Ibu ibu lain kat luar pun sama juga ye, kita sama-sama bersabar dan buat yang terbaik dalam mendidik anak anak kita yang comel dan pandai ni...
comelnya Naim..byk syling kat muka hehehe..
ReplyDeletebdk2 umur macam ni mmg kena sabar kan Aisy..mcm2 yg dorang lakukan..aktif dan kreatif
haha tu dio tepek duit bawak gi kedai beli coklat gitu jer pun boleh la bang yer, tak yah wallet. Depa ni pandai ambik hati, especially kalau dah buat 'salah" haha. I hari2 jadi tarzan, malu kat jiran kadang2.
ReplyDeleteHaha..saya pun.. Segan rasa jerit2 bila marahkan naim.. Tapi kalau masa tak sabar mmg tak dpaat nak buat apalah..
DeleteKalau zahin mesti tanya "umi marah ke?"haii macam2 kan!sementara nak tunggu besar ni.
ReplyDeleteOrang tua2 kata, kalau nakal tandanya bijak pandai. Sebab tu otak dia kreatif fikir nak buat macam-macam.
ReplyDeleteBatul la Aisy, jadi mak ni kena banyak sabar...
ReplyDeleteNaim skrang dah makin pandai ambil hati ummi, makin bijak dia :)
pandai naim ni ye....sampai tak jadi mama nak marah..
ReplyDeletenaim pandai sungguh ambil hati mama dia..huhu..anak yg bijak
ReplyDeletetgk muka cute ni nak marah pon x jdi kan..
ReplyDeletethanks share ni.. in shaa Allah akan dipraktikkan satu hari nnti.. sabar itu penting dlm mndidik anak anak kam. itu amanah utk kita. doakan utk saya ye.
tima kasih :-)
Betul tu AN...bukan mudah nak jadi ibu...mmg banyak dugaannya dan kena banyak sabar lebih lagi ujian kerenah anak anak...zaman ni banyak ruang untuk dapatkan panduan mendidik anak ,....mmg sangat bagus.
ReplyDelete