Naim: Sampai puas mandi
Kisahnya, semalam tu lepas je balik daripada sukan tahunan sekolah tu saya cepat cepat berkemas. Dah lama simpan niat di hati nak bawa Naim mandi puas-puas di Gold Coast Morib. Sian anak mama ni ye, pantang tengok air pancut atau kolam mesti minta nak mandi... Bukan jauh pun, tapi masanya yang asyik tak sesuai je. Jadi, hari Jumaat hari tu tengah berpanas di Stadium Negara Panasonic tu tetiba saya terfikir, nak kena pergi jugalah Ahad ni. Sebabnya, tiket groupon yang dibeli dah nak habis tempoh. Daripada rugi cam tu je, tak elok kan? Itulah kalut jadinya, bertolak dari rumah pun dah pukul 3.20, jadi kami sampai pun pukul 4 lebih. Lepas solat asar je terus semua turun ke tempat mandi. Naim, seperti yang dijangka, seronok betul dia. Sejam pertama masa main air tu, macam histeria dia menjerit setiap kali badan cecah air.. Rasa rugi pula tak rakamkan senyuman seronok Naim saat tu. Tak bawa turun kamera sebab kononnya semua pun nak mandi. Tapi, Nazif pula takut air. Mama pun tak jadi...