Rail Park : tempat singgahan

Masih lagi cerita kisah hari kedua kami di Korea. Baru jumpa orang yang nak bagi pinjam card reader. bolehla buat entry dan tunjuk gambar menarik yang ada. Sebelum ke Nami Island, sebenarnya kami ke depan dulu iaitu kami singgah ke Chuncheon. Menaiki kereta api yang selesa, perjalanan lebih satu jam tak terasa bosan. Tambahan pula dengan badan yang masih lagi penat dan tak biasa dengan perubahan waktu, kami tidur sebahagiannya dan sebahagian lagi menjamu mata dengan pemandangan menarik di sepanjang perjalanan. Memang keindahan alam nampak masih terjaga.



Kali pertama bangun tidur dan solat awal, apa taknya sini waktu subuh lebih kurang 3.30 sebab dah mula waktu siangnya lebih panjang daripada waktu malam. Kalau kat Malaysia, pasti masih lagi berselimut di katil.. Sini, pukul 6 pagi kecerahannya semacam pukul 8 lebih.
Replika buku buku yang pernah ditulis oleh sasterawan agung Korea ni.
Tempat rehat dan untuk minum yang disediakan di tepi kawasan ni.
Pameran lukisan yang pernah memenangi anugerah.
cantikkan kalau ada kafe macam ni.... nak buatlah kalau diizinkan, hehe

Kat Rail Park ni, tujuan kami datang nak cuba rail bike,  tapi, malangnya tak ada rezeki kami, dah fully booked untuk hari tersebut. Tak tahu pula semacam tu sekali ramai orangnya, maklumlah jalan sendiri, tak pakai khidmat ejen.Jadi, memandangkan telah sampai di daerah kelahiran sasterawan negara terhormat ni, kami cuci mata dulu sebelum bertolak balik ke kota semula.
bergambar kenangan di station keretapi sebelum bertolak balik.



p/s :Rasanya, kalau di Malaysia kita dapat adakan satu tempat memorial yang khas dan ada tarikan macam ni bagus juga kan? Boleh ajar generasi muda kita faham dan mengenali jasa pemimpin agung dengan lebih dekat.. Siapa tokoh yang sesuai ye?

Comments

  1. klu perhatikan..
    nmpk tempat die sgt bersih...
    kemas...

    ReplyDelete
  2. cantik tempatnya...tak sabar nk tunggu n3 seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaa. Terima kasih sudi berkongsi cerita

    ReplyDelete
  4. Cantik replika buku tu... kalau boleh faham tulisan2 tu mesti lagi best, kan?

    ReplyDelete
  5. cantiknyer... memang sesuai bergambar...
    pergi sendiri kan... berani gak yerk..

    ReplyDelete
  6. Cafe tu sangat santai. Dont forget to include a small kids area at one corner. Letak buku banyak2 also ;)

    ReplyDelete
  7. insha Allah..moga ada rezeki aisy utk buka cafe mcm tu nanti ye

    ReplyDelete
  8. bersih nya tempat depa…compare dengan Malaysia? hehe…memang jauh la tahap kebersihan d negara kita kan…

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?