Mama pakai mask masa keluar rumah, Naim pula pakai mask dalam rumah, buat mainan ....ai, tak pelah sayang, langkah pencegahan ye... Nanti mama belikan yang kecil ye, taklah macam tutup satu muka Naim tu..
naim ni kalau time dia nk bergaya, tulah caranya... pakai topi atuk, jadikan dia punya., ada masanya dia jumpa spec hitam, juga dia akan pakai dlm umah pun
Malam semalam badan Nazif sikit panas. Tapi dia dapat tidur macam biasa. Pagi ni dia bangun lambat. Anak saya ni memang jenis payah tidur, biasanya kalau mamanya bangun , dia pun terus je bangun. Sesekali tidur lama sikit memang sebab tak sihat atau terlalu letih pada hari sebelumnya. Tetiba pagi tadi saya teringat petua dari blog Pondok Ajib . Terus saya bancuh semanguk kecil air asam jawa. Kemudian, apa lagi, saya tanggalkan baju dan seluar Nazif, tinggalkan pampers je. Kemudian saya lumurkan air asam jawa tu ke seluruh kepala dan badan dia. Alang-alang nak mandikan dia nanti, tak pe comot pun. Biarkan kering air asam jawa tu, kemudian lepas 15 minit baru saya mandikan Nazif. Alhamdulillah, badannya dah tak panas lagi. Memang asam jawa dapat serap kepanasan dalam badan. Korang pun cubalah petua ni kalau anak kecil panas badan ye, in shaa Allah dapat tolong turunkan suhu dengan cepat.. Tadi, saya periksa suhu badan dia, 36.1 je... Legalah mama ye, adik tak panas...
Salam keberkatan di hari Jumaat ni. Ai, senangnya dalam hati, sesi 2015 dah nak habis. Anak-anak dah nak mula peperiksaan hari ni.. maka pagi ni masa cikgu nak berhoray-horay.. Ai, lupa pulak nak tanya, korang sibuk ke semua? Alang-alang ni masa bergembira sebelum menerima bungkusan kertas soalan pepeiksaan, semalam saya minta suami muat turun cerita Hindustan. Dah lama betul tak tengok filem hindustan ni sebenarnya. Kesnya, semalam masa saya dan rakan-rakan buat kerja-kerja pengurusan di bilik kerja guru, kami buat kerja sambil mengimbau kenangan lalu. Kebetulan masa buat kerja tu, salah seorang rakan pasang radio. Channel lupalah namanya, tapi langsung tak ada iklan sepanjang dua jam lebih masa kami kat situ. Ketika terpasang lagu lama hindustan, maka kemainla masing-masing cakap seronok dengar. Itulah dengan tiba-tiba salah seorang rakan bagitahu antara cerita terbaru yang sedap, katanya BAJRANGI BHAIJAN ni. apa lagi, balik je semalam, mintaklah suami muat turun. ...
Walaupun hari ni hujan, rasa sejuk walaupun dah tutup aircond, walaupun Isnin, tapi rasa seronok nak pergi ke sekolah. Haa, bukan apa, mengenangkan tak lama lagi nak mula cuti ni, rasa masa sangat bernilai. Tak adalah lagi rasa malas atau Monday Blues. Nak kejar kerja-kerja PBS sebelum murid-murid mula cuti. Sian dua Ahmad ni. Nampaknya korang kena pergi awal setiap hari. Mama ada masa dua minggu je lagi untuk siapkan kerja PBS ni. Nanti cuti sekolah mula, hari-hari bertempek dengan mama ye.. Lagi satu, hari ni seronok nak pergi sekolah sebab tauke kek rajin buat kek coklat. Saya dah siap order semalam...dapat makan makanan kegemaran, baru ceria hidup kita seharian, kan Okje..
Comelnya awak!!! Siap bertopi lagi dlm umah? Heheheh!
ReplyDeletenaim ni kalau time dia nk bergaya, tulah caranya... pakai topi atuk, jadikan dia punya., ada masanya dia jumpa spec hitam, juga dia akan pakai dlm umah pun
Deletehehe naim naim..comel sungguh keletah naim n..
ReplyDeleteain, kat sini dah bunyi guruh dah..kat Shah Alam kakak akak sms bgtau dah hujan,..Syukur Ya Allah
samalah kak intan, kat rumah saya pun tgh hujan sekarang ni.. kuat betul angin, naim tadi sampai takut
Deletebestnya hujan, kt sini panas...
ReplyDeleteSyafiq jerit2 xmo pakai. Masa kluar nk pki masa balik xmo pakai kluar dr giant
ReplyDeleteComel..
ReplyDeletemmg kena beli la satu saiz kanak2.. kalau tgk kaf FB, mcm2 design orang jual topeng muka tu... yg jahit sendiri pun ada... utk kesihatan punya pasal :)
ReplyDeletecomel naim ni,pandai bergaya ye..,adam pulak nak pakai topeng otromen pulak
ReplyDeleteitu mesti sb tgk ipin upin,, haha
Deletehehe....baguslah kalau dia pun nak pakai AN...kalau ye tak ye...mmg macam tak bernafas rasanyakan....
ReplyDeleteHahaha better cegah dari rawat.. eh kenapa I macam banyak sangat miss entry u ni, nampak sangat dah lama tak ziarah blogs.
ReplyDelete