Semak status IPU tempat anda

Saja nak kongsikan info yang mungkin ramai tahu, tapi ada juga yang mungkin tak tahu kan? Ni semua sebab pagi ni dengan badan yang masih penat ni, saya dapat beberapa sms dan whatsapp message daripada kawan kawan sekolah bertanyakan hari ni cuti ke? Cuti berapa hari? Ai, macam dah jadi pengetua gamaknya.....hahaha...kelakar pun ada kan? ada pulak ditanyakan pada saya yang dari hari Jumaat tak masuk sekolah ni... kot kot ni tanda-tandanya saya orang popular? haha...apa apa sahajalah..

Antara mesej tu, ada yang saya reply, "setakat ni seharilah cutinya ikut website sekolah, tapi dengar-dengarlah pengumuman kot kot akan ditambah sehari dua lagi cutinya,"..

Selepas tu, laju-laju saya semak maklumat IPU di website    http://www.malaysiatercinta.com/2013/06/indeks-pencemaran-udara-ipu-malaysia.html . kalau tengok statusnya, kawasan Selangor yang semakin bertambah IPU, sedangkan Muar dah menurun. Agaknya ada peluang bertambah cuti esok? haha, apa pun pun semoga jerebu cepat berlalu kan? tak naklah berpanjangan..

Comments

  1. dekat shah alam ni makin teruk je akak rasa aisy,bangunan suk yg tak jauh mana pun dah samar2 akak nampak,mungkin tambah lg cuti sekolah esok,akak pun kena cuti jugakla esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah bertambah cuti gamaknya.. Kat rumah ni pun nampak makin ketara jerebu...dlm umh pun ada bau tak sedap. Onkan aircond baru selesa..

      Delete
  2. Hari ni makin terukkan? Huhu

    ReplyDelete
  3. Eh? cikgu tak sabar nak mengajar ke? hehe... Rindu ngan anak murid yeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah rindu .... Setakat budak nakal tu lagi saya suka bercuti panjang...tapi utk umum, elokla cepat kurang jerebu ni..

      Delete
  4. tq info ni Aisy..

    harap cepat pulih jerebu ni..mata rasa pedih2 pula bila keluar rumah..

    ReplyDelete
  5. Hahahha dorang tanya u sebab u jenis reliable, boleh diharap. Ahhemmm ada bakat untuk mara ke atas ;)

    Btw u guys take care ok, dengan cuaca panas tambah jerebu lagi tu, aduhaiii. Kami kat sini yang panas sahaja pun dah penuh klinik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..taknak lah.. Saya nak jadi cikgu biasa je, takut lupa diri bila jdi ketua.. Sb tgk org atasan ramai yg tak ok...berat tggnjawab ketua, kan?

      Ok, akan jaga diri.. Thanks

      Delete
    2. hhahaha... mungkin sekarang belum terbuka hati sbb muda lagi. insya allah, satu hari akan naik juga.

      ipu tempat saya makin pulih. hari ini lebih baik dari semalam. jerebu nak naik ke utara katanya.

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?