Pengalaman sesat di Korea
Ai, nasib pelancong backpackers macam kami ni hari ni malang sikit. Tau ajelah rakyat Korea ni yang tak mahir berbahasa Inggeris ni. Payah nak berurusan kalau tak kena caranya. Lagi lagi kami sekarang berada di kawasan selatan, yang jauh dari Seoul.
Al kisahnya petang tadi kami 6 orang daripada 13 ahli rombongan ni berhasrat nak ke Suncheon Bay untuk melihat matahari terbenam yang dikatakan lawa pemandangannya di sana. Dengan yakinnya kami naik bas bernombor 67. Tapi, rupa rupanya kami terlepas perhentian yang sepatutnya. Mujur pemandu bas tu baik hati membantu kami pergi semula ke tempat yang sepatutnya tanpa bayaran.
Alhamdulillah berjaya juga melihat dan merakam pemandangan sunset walaupun agak sesat kerana masalah komunikasi. Lenguh kaki berjalan jauh dari hentian bas ke dalam taman ni terasa berbaloi bila melihat pemandangan yang lawa berserta angin yang bertiup sejuk.
Yang kelakarnya masa perjalanan balik pula, kami telah sekali lagi ada masalah ni disebabkan salah faham. Tempat sepatutnya Suncheon Station, tapi kami turun di perhentian sebelumnya yang bernama Suncheon Bas Station. Jalan kakilah kami sikit. Bertanya kepada orang tempatan sekali lagi bermasalah kerana orang yang ditanya tidak faham bahasa kami. Akhirnya sampai juga ke rumah tumpangan kami dengan selamat.. Tak apa, buat pengajaran.

Cantikkan pandangan semasa di perkampungan semasa kami menunggu bas membawa kami ke tempat yang sepatutnya..seronok rasanya dapat melihat pemandangan ni sambil menghirup udara segar kawasan kampung pertanian.
Ini ha, pemandangan saujana mata memandang dengan hanya menggunakan kamera hp tak canggih, bayangkan kalau guna dslr.. Tempat ni memang cantik.
Alhamdulillah berjaya juga melihat dan merakam pemandangan sunset walaupun agak sesat kerana masalah komunikasi. Lenguh kaki berjalan jauh dari hentian bas ke dalam taman ni terasa berbaloi bila melihat pemandangan yang lawa berserta angin yang bertiup sejuk.
Yang kelakarnya masa perjalanan balik pula, kami telah sekali lagi ada masalah ni disebabkan salah faham. Tempat sepatutnya Suncheon Station, tapi kami turun di perhentian sebelumnya yang bernama Suncheon Bas Station. Jalan kakilah kami sikit. Bertanya kepada orang tempatan sekali lagi bermasalah kerana orang yang ditanya tidak faham bahasa kami. Akhirnya sampai juga ke rumah tumpangan kami dengan selamat.. Tak apa, buat pengajaran.
Hihi... susahkan bila ada masalah komunikasi. Time shopping, xyah cakap. Main tunjuk2 je angka kt kalkulator
ReplyDeleteHaha..mmg pun. Masa beli barang tunjuk dgn kalkulator je baru dia faham..
Deletecantik nya.....rugi datang jauh kalau tak pergi ke tempat2 menarik.
ReplyDeleteBESTNYA DH SAMPAI BUMI KOREA
ReplyDeleteSY MASIH BERANGAN2 LAGI..^_^
cantik pemandangannya..
ReplyDeletewah sampai juga aisy ke korea ye,seronoknya jalan2
org korea memang payah nak berbahasa inggeris , mereka suke bahasa ibunda mereka lagi .. so kalau ke korea nie kena fikir masak2 lah ;)
ReplyDeletekalau bukan dgn rombongan atau kenalan , x yah lah cuba2 huhuh
silap hb jadi pendatang asing lah kiteee huhu
aah cantiknyee dik permandangan tuu
kalau dslr nie .. perghh !
susah kalu ada mslh komunikasi camni.. tp nsb teror gak.. jumpa kt umah semula :)
ReplyDeleteYang hijau tu apa ain? Pokok padi ker? Love the sunset!
ReplyDeletebukan padi, pokok reeds...
DeleteBaiknya pakcik bas tu, memang dorang sana baik2 ek? Takper sesat sekali sekala, lebih manis your journey, something to remember ;)
ReplyDeletehaha, boleh sama2 gelakkan bila balik nanti
DeleteHei AN....kenalah tersesat. baru best! kalau tak sesat kat negara orang mmg tak sah le hehe...
ReplyDeletesebenarnya bila kita dilanda masalah dan kita berjaya selesaikan , nanti2 kemudian hari bila kita pi lg kita dah tau dah sebab kesilapan tu memang akan memberi satu ingatan pada kita selepas tu kan..eh apa yg akak bebelkan kat sini..hahaha.s.orry ain
ReplyDeletebaiknya pemandu bas tu Aisy..jadi kenangan manis la pengalaman sesat ni kan Aisy..
ReplyDelete