Danim Backpackers Guesthouse yang oshem
Dah beberapa hari di Korea ni dah tiga tempat penginapan yang kami cuba. Kesimpulannya, sekiranya kita melancong ke tempat yang kita tak biasa, pilihan tempat penginapan perlulah sesuai agar kita dapat berehat dengan selesa setelah penat berjalan.
Antara tiga tempat yang kami menginap, Danim Backpackers Guesthouse ialah tempat terbaik, oshemlah boleh kata. Rumah pun ada istilah oshem ye. Bukan apa, sekiranya kita berada di tempat yang tak biasa, bahasa pun asing, selain tu nak makan makanan halal juga payah ditemui jadi kalau korang jumpa tempat penginapan yang selesa, boleh masak dengan selesa kerana lengkap barangannya serta pemilik yang peramah dan banyak membantu, itu kira oshem..
Danim Backpackers Guest yang terletak betul-betul di hadapan Sincheon Station kami sewa dengan bayaran 45000 won seorang untuk dua malam tiga hari. Rumah ni menawarkan penginapan jenis dorm. Rumah lima bilik ni lengkap dengan dapur yang lengkap jadi kami memang masak beriya iya masa di sana. Tapi pastilah kelengkapan yang ada disamak dulu dengan sabun taharah.. Jadi kalau korang ke kawasan Suncheon ni jangan segan nak menginap di Danim Guesthouse ni. Pemiliknya pun tinggal sama kat sini dan agak mahir berbahasa Inggeris. Boleh cari maklumat di google ye..
niceee..
ReplyDeleteaah cantik .. nice sgt2 .. ;)
ReplyDeletetq share...nnti bolehlah recommand pada yg nak ke sana
ReplyDeleteBlh masak tu amat penting
ReplyDeleteOwhhhh... bawa sabun taharah siap2 la eh?
ReplyDeleteIni sudah bagus, boleh jimat dan yang penting, dapat makan dengan tenang.
ReplyDeleteowh..dh sampai korea... huhuu..jauh berjalan... baguslah dah siap bw sabun taharah tuu
ReplyDeleteohhh senang le Okje nak Korea nanti...dah tau tempat nak beradu! hehe
ReplyDeletejom2,, mmg sesuai yg ni
Deletememang mudah la kalu macam ni kan
ReplyDeletememang ohsem pon kak intan nampak….:)
ReplyDelete