Danim Backpackers Guesthouse yang oshem
Dah beberapa hari di Korea ni dah tiga tempat penginapan yang kami cuba. Kesimpulannya, sekiranya kita melancong ke tempat yang kita tak biasa, pilihan tempat penginapan perlulah sesuai agar kita dapat berehat dengan selesa setelah penat berjalan. Antara tiga tempat yang kami menginap, Danim Backpackers Guesthouse ialah tempat terbaik, oshemlah boleh kata. Rumah pun ada istilah oshem ye. Bukan apa, sekiranya kita berada di tempat yang tak biasa, bahasa pun asing, selain tu nak makan makanan halal juga payah ditemui jadi kalau korang jumpa tempat penginapan yang selesa, boleh masak dengan selesa kerana lengkap barangannya serta pemilik yang peramah dan banyak membantu, itu kira oshem.. Danim Backpackers Guest yang terletak betul-betul di hadapan Sincheon Station kami sewa dengan bayaran 45000 won seorang untuk dua malam tiga hari. Rumah ni menawarkan penginapan jenis dorm. Rumah lima bilik ni lengkap dengan dapur yang lengkap jadi kami memang masak beriya iya masa di sana. Tapi pastil...