Posts

Showing posts with the label sumber online

Tali layang-layang pun boleh bawa bahaya

Image
SARATOK – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat cedera apabila lehernya dibelit dan dijerut tali layang-layang bersalut kaca yang merentang jalan di Kabong dekat sini kelmarin. Kejadian pada pukul 11 pagi itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Mohd. Azizi Ibrahim, 16, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di Kampung Hilir Darat selepas membeli barang keperluan di sebuah kedai di pekan Kabong. Mengimbau kejadian itu, Mohd. Azizi berkata, ketika melalui kawasan kejadian, dia yang menunggang seorang diri tidak menyedari tali layang-layang melintang di jalan tersebut kerana ia terlalu halus lalu merempuhnya. Difahamkan, tali layang-layang bersalut kaca itu ditinggalkan di kawasan tersebut oleh pemiliknya selepas layang-layangnya tersangkut pada sebatang pokok Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1221&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2Fe8H48jy

bahaya tidur dalam keadaan lampu menyala

Image

Kubur unik dikelilingi projek kediaman

Image
TAIYUAN, China - Sebuah kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan. Kubur itu dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi. Pihak pemaju meneruskan kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.   Keluarga si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu. Pihak keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk memindahkan kubur tersebut.   Kerja-kerja pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan. Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2EJZbZZro

Amalan perkahwinan yang pelik

  Di Itali, Sebahagian kecil kaum Gipsi di Rom dikehendaki menculik pengantin wanita sebagai satu syarat 'sah nikah'.  Caranya, keluarga pengantin lelaki akan menculik pengantin perempuan selama dua atau tiga hari sebelum mereka dapat bersama. Di Khanyan, India  Suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau. Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku. Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu. Apabila upacara pernikahan 'mengusir syaitan' selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu. "Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti," kata bapanya. Scotland Pengantin lelaki disuruh makan isi per...

Pinjam muka mayat

Image
   LELAKI ini pernah hidup dalam persembunyian serta terpinggir selama 15 tahun di Hillsville, Virginia, Amerika Syarikat (AS), dengan berselindung di sebalik topeng wajah dan hanya keluar dari rumah pada waktu malam.   Semuanya disebabkan oleh satu insiden tembakan yang tepat mengenai wajahnya pada tahun 1997. Akibat daripada kejadian itu, Richard Lee Norris, 37, mengalami kecacatan teruk kerana hilang gigi, hidung serta sebahagian daripada lidahnya.   Bagaimanapun, mimpi ngeri Norris itu berakhir selepas dia menjalani satu pembedahan pemindahan wajah 19 Mac lalu di Pusat Perubatan Universiti Maryland, Baltimore, AS.   Pembedahan selama 36 jam itu melibatkan 100 orang doktor yang terdiri daripada pakar pembedahan plastik serta pakar kraniofasia dari institusi tersebut yang diketuai oleh profesor bedah di Jabatan Perubatan, Dr. Eduardo D. Rodriguez.     Di Malaysia: sehingga ke hari ini tiada seorang pun individu yang t...

Maut ditimpa durian 2 kilogram

Image
Mangsa: Muhd Yusuf NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin. Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala. Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Macam-macam: Datuk popular selepas peraga fesyen wanita

Image
GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin. Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka. Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman. Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.

Malaysia negara ke-8 paling bahagia

Image
KOTA KINABALU — Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara, melalui Indeks Kebahagian yang dikeluarkan baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara maju lain. "Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.   Tu yang kosmo paparkan hari ini.. banggalah kita kalau diiktiraf macam ni kan? Tapi setakat mana indeks bahagia ni dinilai ? Apa perkiraan yang diambil kira? Bahagia ke kita kalau ada di kalangan kita yang lebih mengagungkan orang lain daripada keluarga terdekat? Kalau dengan ahli keluarga terdekat, banyak kutukan yang diberi sedangkan untuk orang lain apa sahaja sanggup dibuat, bahagia ke macam tu.. Apa pun semoga Allah merahmati insan-insan yang mengabaikan keluarg...

Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000

Image
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) iaitu sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam. Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. "Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat.       Kosmo online     Ha, apa lagi, gunakan hak kita sebagai rakyat. Dah ada 1MOCC ni buat je aduan kalau tak puas hati tentang perkhidmatan awam.. Daripada bercakap di belakang, elok buat je aduan rasmi macam ni, kan? Tapi, harapnya sistem baru ni sesuatu yang benar-benar mampu memberi kemudahan kepada rakyat dan sistemnya benar-benar boleh digunakan.

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

Image
SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara. "Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram. "Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan. "Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila...

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok

Nak merokok lagi wahai perokok? harga makin mahal tak jadi hal kan? tak kisahlah ye... renungkanlah sendiri bagi yang sayangkan insan di sekeliling anda..   KUALA LUMPUR — British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Okt, 2012. "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012. "Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan. —  kosmo online

Pengecualian cukai pendapatan ke atas bonus

PUTRAJAYA 17 Okt.- Tindakan mengecualikan cukai pendapatan ke atas bonus yang diterima penjawat awam boleh memberi kesan terhadap hasil pendapatan negara, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. Ini kerana, jika dilaksanakan, pekerja sektor swasta juga berhak ke atas pengecualian itu sekaligus memberi kesan kepada hasil cukai negara, katanya. "Pengecualian cukai pendapatan itu juga tidak memberikan manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,700 yang sememangnya tidak membayar cukai," katanya pada majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini. - BERNAMA Apa reaksi: seronok atau geram?

Pencuri tak berapa bijak

Image
Penyamun terlepas raket Chong Wei PUCHONG - Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei kerugian hampir RM30,000 apabila syarikat pembinaan miliknya di Bandar Puteri di sini dipecah masuk sekumpulan penyamun semalam.   Bagaimanapun Pengarah Urusan syarikat berkenaan yang juga abang Chong Wei, Lee Chong Hoon, 38, berkata, adiknya tetap lega apabila raket yang digunakannya ketika menjuarai Kejohanan Seluruh England pada 30 Januari tahun lalu tidak dilarikan. Raket tersebut telah dibida oleh seorang individu dengan harga RM74,000. Hasil bidaan itu akan didermakan kepada mangsa tsunami di Jepun. - sumber: kosmo

Tak kesian ke buru badak demi tanduk?

Image
Badak setelah tanduknya  dipotong PESAKIT kanser di Vietnam yang terdesak mendapatkan penawar melihat tanduk badak sebagai penamat kesengsaraan. Obsesi tersebut mengancam kelangsungan hidup badak liar yang kian berkurang jumlahnya. Khasiat yang terkandung dalam tanduk haiwan tersebut menyamai protein yang ditemui di dalam kuku manusia. Walaupun mahal, ia terus mendapat permintaan yang tinggi sekali gus mendorong pembunuhan badak oleh pemburu haram tanpa henti di Afrika Selatan. Kepercayaan bahawa tanduk badak mampu menyembuhkan pesakit kanser bagaimanapun ditolak oleh kajian perubatan. asah tanduk badak sumber : kosmo online

Polisi satu anak mencengkam China

Image
Polisi satu anak di China selalunya menyebabkan seseorang itu menyara keperluan ibu bapanya dan juga empat orang yang berstatus datuk dan nenek kepadanya. Jika si anak itu mendapat kecelakaan lalu mati, kebajikan ibu bapa dan datuk serta neneknya terabai begitu sahaja.   Sejak polisi itu diambil pada tahun 1980, dianggarkan sejuta keluarga China telah kehilangan satu-satunya penyambung warisan mereka akibat kematian.Dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang, antara empat hingga tujuh juta keluarga di China dijangka mengalami nasib yang sama. Ramai yang mengalami nasib seperti Wu dan tidak ada orang boleh membantunya melalui waktu-waktu kecemasan atau menampung kos perubatan ketika lanjut usia.        sumber: Kosmo Online     Syukur kita jadi warganegara Malaysia kan? Kalau ditakdirkan lahir sebagai warganegara China, kita semua mungkin tak ada adik beradik macam sekarang. Tak pun mungkin juga tak lahir langsung ke ...

Tengkorak dalam perut

Image
SEORANG bekas ratu cantik terkejut apabila mendapati suku daripada tengkorak kepalanya dikeluarkan dan disimpan di dalam perut selama enam minggu selepas dia terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton, 36, itu di dalam perutnya. Ia diletakkan di bahagian abdomen Jamie bagi membolehkan tulang tersebut bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya sementara menunggu bengkak di otaknya susut. Macam-macam : sumber: kosmo online