Posts

Showing posts with the label Jalan dan Makan

Cendol Bakar @ Dengkil

Image
Rancangan mengejut petang tadi akhirnya membawa kami jalan-jalan cari makan di Cendol Bakar @ Dengkil. Tak jauh rupanya tempat cendol ini dari BSP. Tak sampai setengah jam kami dah sampai di Jalan Dengkil- KLIA ni. Sebelum ni Papa N pernah makan cendol bakar di Kuala Selangor tapi saya tak ikut sama sebab merasakan tempatnya agak jauh. Masa kami datang tadi, memang ramai pelanggannya. Tapi servisnya sangat cepat, tak sempat duduk dah sampai cendolnya ! Bayar dulu masa order ye..Kami sampai pukul 5, elok sangatlah tu, kan? Gerai jualan cendol ni nampak biasa-biasa je, tapi bila makan cendolnya memang sedap . Satu untuk saya Satu untuk papa N.   Sama je sebenarnya pilihan kami tadi Cendol Pulut Durian, RM 3.50 semangkuk. Sedap, manis dan lemak rasanya, memang licin kami makan. Kuantiti duriannya pun ok dan rasa sedap, sesuai sangat dengan saya yang tak gemar sangat dengan durian. Nazif pun tumpang sekaki tadi. Tak padan kecil, seronok dia bila diberi hirup a...

Marilah mari pergi kenduri

Image
Sebelum balik ke Temoh hari tu Papa Naim janji, "lepas abang mengundi kita terus balik rumah (rumah kami)". Tapi, akhirnya apa yang jadi... Akhirnya janji dicapati!!! Memang hampeh.. Beriya saya bersiap dari pagi, sebab dalam hati dah rancang, kalau balik awal nak singgah di Ikea atau Sunway Pyramid, nak jalan-jalan kot ada nak terbeli apa-apa. Bertomoih dengan Naim dan Nazif berkali-kali pun, papanya buat relax je.. Lama-lama, fahamlah daku, orang tu nak balik lewat...Walaupun dalam hati keciwa, namun saya maintain, relax je. Sudah ku tahu begini akhirnya.. Sudahnya pukul 1 tengah hari tu, MIL arahkan saya, Papa Naim, kakak Papa Naim dan bonda sendiri pergi kenduri kahwin anak jiran. Naim pun ikut, cuma Nazif je dijaga oleh Atuk dan Uncle Intan Payung sebab waktu tu cuaca panas terik. Dekat bebenar tempatnya, belakang rumah MIL je kenduri ni. Meriah betul. Kenduri tiga hari tiga malam tu.. Sungguh tak percaya pada mulanya, zaman sekarang ni, tambahan lagi dengan musim ...

Ini baru dua

Image
Keluar, jalan-jalan atau makan angin, seronok kan? Tapi, kalau dah ada anak ramai, takkan sama kan? Apa taknya, dengan dua hero ni, kalau nak keluar jalan jalan pun memang agak mencabar prosesnya. Ambil contoh hari ni, pada hal kami rancang nak pergi minum petang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya je, dekat  tapi bukan main 'senang' prosesnya. Nazif pada waktu tu langsung tak nak diletakkan, nak didukung aja. Naim pulak lagi banyak cekadaknya. Mulanya payah nak mandikan dia. Asyik sangat tengok video di you tube. Bila dah mandi, dia buat hal sebab nak pakai seluar adik pula. Tak faham betullah, dah dipujuk macam-macam akhirnya kami yang mengalah, bagi juga dia pakai seluar Nazif walaupun memang nampak seluar tak cukup kain.. Kisah di dalam kereta semasa perjalanan tak payah ceritalah. Pendek cerita macam bawa lima orang anak, walaupun Naim je yang berkebolehan kat situ. Bila sampai kat Taman Warisan Pertanian tu pula, korang ingat boleh makan dengan nikmat? Jangan hara...

penangan nasi lemak.

Ai..korang buat apa hari ni? Kononnya kami empat beranak nak pergi jalan-jalan ke Taman Tasik Cyberjaya pagi tadi. Semalam dah buat rancangan baik. Pagi beli sarapan nasi lemak tepi jalan je dan pergi makan kat sana. Tapi bila bangun pagi tadi Papa N ajak makan nasi lemak di Alam Megah.. Dapat nasi lemak kat kedai, dua orang makan tadi RM 13.50, apa lagi mengantuklah jadinya. Kalau ikut plan asal, beli nasi lemak siap bungkus yang RM 2 tentu tak jadi macam ni, kan? Kononnya lepas balik makan nasi lemak, nak singgah ke rumah sekejab ambil stroller yang terlupa tadi terus tak jadi keluar sampai sekarang.. Terpaksa tidur tadi sebab mengantuk betul rasanya. Memang jarang saya makan berat pagi-pagi. Selalunya makan roti dengan air dan kalau makan nasi goreng pun ciput aje kuantitinya.. Ni kena tukar plan lah nampaknya. Kena tunggu masuk waktu zohor dulu baru keluar. Nak beli seluar track untuk Naim. Isnin ni taska Naim buat sukaneka.. Macam dah besar lak, taska pun ada aktiviti macam n...

Kadang-kadang benda yang tidak dirancang lebih mudah berlaku

Image
Sejak seminggu ni, menentukan apa benda nak makan memang terasa susah. Menjelang je waktu makan, terutamanya makan malam, saya mulalah tanya suami apa benda yang dia nak makan.. Dia mula-mula akan bagilah apa menu yang nak minta dimasak. Rancang nak ayam masak lemaklah,tomyam lah, kailan ikan masinlah, kangkong belacan lah dan macam-macam lagi.Tapi menjelang masa nak masak, sama ada kami bergilir-gilir masak atau daripada tiga masakan yang rancang nak buat akhirnya jadi satu je, tu pun ayam goreng je ataupun keluar makan penyelesaiannya. 'Master'chef masuk dapur Budak-budak, kadang-kadang waktu kita sibuk tulah waktu dia nak meragam. Naim ke Nazif, sama je setakat ni. Naim dengan karenahnya, Nazif lak dengan tangisan atau kemengada-ngadaannya nak didukung. Semalam pun sama. Dua hero ni selsema, dua-dua pun asyik merengek je. Naim pun minta didukung, jadi papa dukung Naim dan mama tentulah dukung Nazif.. Last, masa nak masuk azan magrib tu saya syorkan kepada suami, pergi ...

Hari sabtu kami

Image
Korang hari ni keluar pergi mana? Memikirkan Nazif belum dilatih minum susu dari botol, saya tak keluar lama pun hari ni. Banyak habiskan masa duk rumah je. Rindu nak tahu update dari blog kawan-kawan. Hari ni saya tengok blog - blog yang selalu saya jenguk kebanyakan sepi je. Korang keluar bersuka ria ye? Ok, nati update kisah hari ni ye, korang? Saya ? Tak banyak citer sangat. Pagi, kami keluar bersarapan di Restoran Ubi Kayu, USJ 9. Bagi yang pernah pergi tahu lah situasi restoran ni macam mana kan? Tadi agaknya rezeki bawa bayi kot, tak lama kami berdiri intai meja, terus dapat. Cuma lambat dapat makanan, sebab yang kami makan tadi nasi lemak dan roti jala tu barisan yang beratur ramai sikit. Lagipun adik pekerja yang serve benda ni macam lambat sikit buat kerja. Tapi apa pun, dapat juga kami makan, alhamdulillah. Naim apa lagi, makan ayam goreng aje lah..macam upin kata papanya. Abis, kalau papa pun sama macam Naim duk tokak ayam goreng sedap tu dengan bersungguh-sungguh, papa p...

Jangan komplen dulu!!

Petang tadi saya ajak suami ke Maydin USJ. Sebelum balik kami ke restoren nasi kandar untuk tapau murtabak. Belilah satu keping murtabak daging dan lagi satu murtabak ayam. Masa bayar suami nampak biasa je. Bila dah masuk kereta, mulalah dia komen.."Sedap sangat ke murtabak ni, sampai RM 6 sekeping?"... Tau saya jawab ape, " ala, standart kedai mamak la abg, lagipun ramai kawan-kawan kat sekolah ayang cakap murtabak sini sedap". Suami pun diamlah. Nak dijadikan cerita, masa buka tadi saya pun potong lah murtabak ni jadi kepingan kecil-kecil. Naim banyak betul makan murtabak ni. " sedap", katanya. Reaksi papanya bila Naim makan banyak tu...." Naim suka ea murtabak ni, nanti papa beli lagi"... P/s : demi anak....

Moreh kami: Kebab daging

Image
Menu moreh malam ni sebenarnya disebabkan tak nak bazirkan roti gardenia yang dibeli Ahad lalu. Maklumlah bulan puasa ni, tak ada masa sesuai nak makan roti ni. Jadi, buat la kebab roti gaya campak apa yang ada supaya ada guna roti ni. Bulan puasa ni kan tak elok membazir? Bahan-bahan: Roti gardenia daging cincang separuh paket Bawang putih 2 ulas Bawang besar dicincang kasar Timun Sos tomato Sos cili Serbuk lada hitam 1 sudu kecil (kalau nk pedas letak lebih) Mayonis Cara-cara memasak: 1. Panaskan kuali dengan minyak. Tumiskan bawang putih. 2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga separa masak. 3. Masukkan semua sos dan lada hitam. 4. Perasakan dengan sikit garam. Masukkan bawang merah dan timun bila daging dah masak. Kacau sikit dan tutup api. 5. Bila nak makan tu, sapulah mayonis pada roti ikut kesukaan korang. Senang je kan? Kalau ada tomato, lagi sedap kalau masukkan tomato yang dicincang halus. Makan sambil menyaksikan perlawanan bola Malaysia la...

Mencuba nasi beriani gam Putrajaya

Image
Awal pagi tadi saya menghadiri suatu kursus di Kelana Jaya. Mulanya terasa jauh nak pergi ke tempat tu, tapi disebabkan kejadian semalam, suami dengan sukarela menghantarkan saya ke tempat kursus. Ape lagi, berbunga-bunga hati, sebab ada orang hantar dan jemput hari ini. Bukan selalu ada peluang macam ni. Jadi, sebagai balasan, malam ni saya belanja makan.. Suami pilih nak makan nasi beriani. Selalunya tempat pilihan kami untuk makan nasi beriani ialah JM Bariani House. Hari ni entah macam mana kami buat keputusan untuk merasa nasi beriani Gam Putrajaya. Asyik lalu je jalan SKVE tu, tengok aje label kedai makan tu. Jadi, kali ni nak lah pulak cuba macam mana rasanya nasi beriani kat sini. Beriani gam kambing kampung pilihan Papa Naim RM 27 Beriani gam ayam merah pilihan saya Rm 12 Sesampai kat situ tadi, keliru juga kami. Jalannya gelap dan sebelum sampai ke kedai ni terdapat banyak kereta rosak tersadai kat tepi jalan masuk. Masa tu juga tak ada pelanggan yang lain. Te...

Taucu untuk sahur

Image
Hari ni atas permintaan suami, saya bangun awal. Memang awal betul, kul 2.45 pagi terjaga terus bangun, takut nanti dah tak tersedar. Terus je masakkan lauk untuk sahur. Bukan saya yang nak berpuasa, tapi suami yang nak puasa sunat hari ini. Mengada-ngada tul, kan? setakat puasa sunat je, tak payah lah suruh mak buyung ni masak....makan roti dan air pun ok ape? hehe, tapi tak apelah, masak ajelah taucu yang diminta tu, bukan susah pun.. Lagipun saya boleh juga tumpang makan sama pagi nanti.. Walaupun nampak biasa jer, ikhlas masak ni tau....hehe.. Memang masak yang mudah je. Lauk ikan taucu ni, sayur dan nasi putih..siap.  Dah kira banyak ni, kan? Pesanan penaja rancangan : abang, kalau isteri abang ni nati terbersalin awal, bulan Ramadan nanti pandai-pandailah survive ye.... masak sendiri ke, tapau siap-siap ke...

Menu petang@Alamanda: Popiah

Image
Ni citer semalam. Setelah beberapa hari suami janjikan bawa ke Alamanda untuk si isterinya ni makan popiah, akhirnya semalam jadi lah  ke sana. Memang pergi semata-mata nak makan popiah crispy dan waffle je...Jadi terus tuju ke Rasa Foodcourt je...Minum petang katakan.. Bila dah sampai sana, tambah lagi satu menu lain. Selain crispy popiah yang sedap tu , saya makan sehingga licin tu, waffle suami yang  makan, ais krim kat atas waffle tu naim yang habiskan , tambah satu mangkuk laksa penang yang kami kongsi sama-sama.. Sedap sangat agaknya semua ni, ape taknya licin....abis.. buruk perangai tunjuk pinggan kosong yek!1 Sebelum balik, saya beli air mango Coolblog.. Tau tak ni kali pertama saya minum air ni...Nak order pun kena mitak tolong dengan adik yang jual tu...Jangan gelak tau. Bukan ape, sebelum ni, tak pernah teringin nak beli walaupun selalu jumpa stall Coolblog ni.. Sedap rupanya, air amngo ditambah dengan topping jelly.. Ni pun licin diminum tiga beranak. ...