Posts

Showing posts with the label Nazif

Kongsi minat yang sama

Image
Naim, Nazif dan Papa... semuanya suka makan telur separuh masak. Naim dah lama ikut kegemaran papa ni, Nazif pula sejak umur setahun ni, papanya mula bagi rasa dan nampaknya dia pun suka.. Tengok ajalah gaya makannya tu, makan budak besar kata papanya.. Mamanya? Tengok sahajalah...tak suka makan telur separuh masak ni...hairan pun ada, macam mana budak kecil macam Nazif pun suka makan telur separuh masak ni?

Besen dan Alhamdulillah, penenang

Image
Musim dan kaedah menenangkan anak selalu berubah-ubah. Kalau sebelum ni, saya dapat tenangkan Nazif dengan bagi dia menyusu je. Dah besar sikit, Nazif dah mula pandai makan, dia kejar makanan dengan cekapnya, jadi nak tenangkan dia kami banyak suapkan makanan. Dia memanglah seronok macam tu, dah boleh guna tagline, " Nazif lain macam bila lapar". Tapi, saya rasa, kalau dibiar macam ni berterusan, tak boleh jadi ni. Nanti si Comel mama jadi gemuk, oooi tak boleh...tak nak ! Kaedah terbaru dan nampaknya memang berkesan betul ialah masukkan dia dalam besen besar tapi dengan syarat saya ada kat tepi. Selain risau dia terbalik, juga biasalah budak-budak ni mana boleh mamanya jauh sikit. Tapi, kalau nak melipat kain atau saya saja-saja nak update blog atau nonton tv, memang boleh jalan kaedah ni. Masukkan mainan Nazif sekali ke dalam besen besar ni, Nazif akan boleh mainlah kat dalam tu dalam tempoh masa yang agak lama juga sebelum dia mula bosan. Sambil-sambil tu saya layan...

Kembali ceria selepas demam sawan

Assalamualaikum semua.. Lega rasa semuanya kembali seperti biasa. Nazif dah sihat, demam dah tiada, malah semasa ditahan di wad pun dia tetap aktif macam biasa waktu demamnya kebah. Terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang mendoakan kesihatan Comel saya tempoh hari. Ingin saya sebutkan di sini           Nea Lopah           Intanfirdaus247           Mamaaryan           Cikzaniff           Umi alya           Mama adam           Nurbijen           Miss Mirror           Myra Jay           Ceqgu      ...

Gigih mengepam

Beberapa hari ni memang saya gigih mengepam susu. Apa taknya, stok memang tak ada. Sebelum ni saya tak buat banyak stok sebab susu badan semakin merosot. Cukup untuk Nazif minum secara direct je, tu yang dia berkali-kali nak isap.. Ada masanya saya rasa penat juga, tapi sian memikirkan anak, bersabar ajelah.. Jadi, langkah nak tambahkan susu, saya pun belilah set menyusu Shaklee.. Baru 5 hari amalkan set menyusu ni...Ambil supplement ni kena pulak minum 3 liter air sehari. Adoi, cabaran betul. Masa mesyuarat sekolah kemarin tu boleh tengoklah saya ke tandas sampai empat kali sebab tangki asyik terasa penuh je.. Apa nak buat, dah bayar mahal-mahal kenalah ikut aturannya, kan? Kalau tak, sayang je nanti tak menjadi. Satu yang saya perasan,masa mengepam susu ni saya memang kena fokus betul baru lebih susu yang keluar. Kalau pam sambil bersembang, edit blog atau BW blog rakan-rakan memang sikit benar susu yang keluar.. Malu nak tubik ke... ada juga saya terbaca yang kalau kita...

Bila budak tembam keluar jalan-jalan

Image
Nazif memang jadi tumpuan orang yang dijumpainya. Setakat sebelum ni, memang ramai yang tegur dia tembam dan geram nak cubit pipi dia. Malah saudara mara yang terdekat memang ramai yang  cubit pipi dia. Adik saya pula berkali-kali menyatakan Nazif dah makin comel, tak seperti yang dia lihat masa dalam pantang dulu.. Antara pengalaman yang melucukan sepanjang minggu lepas ialah semasa saya ke pasar di Pasir Mas, ada seorang makcik tegur yang Nazif ni tu'buh . Suami saya yang berasal dari Perak ni beriya-iya menyoal apa maksud kata-kata makcik tu. Gelak je saya sepanjang perjalanan balik. Kalau istilah tu'buh di Kelantan ni maksudnya badan bayi yang tembam atau berisi .. tengok jelah pipi dan lengan Nazif tu Pernah juga bila saya bagi tahu yang Nazif ni usianya baru 3 bulan lebih, ramai yang buat terkejut. Ada yang tanya samaada Nazif dah diberi makan bubur. Katanya dah macam budak lima bulan. Dengan badannya yang berisi serta nampak keras, dia mema...

Selesai salah satu tanggungjawab

Image
Alhamdulillah semalam selamat buat majlis akikah untuk Ahmad Nazif. Duduk melayan kerja-kerja PBS tak sempat nak buat entry ni semalam..Majlis ni sebenarnya gabungan dua orang, Nazif dan Alia, sepupunya. Alang-alang umur lebih kurang sama, kami setuju nak gabungkan majlis ni supaya senang sedara mara nak datang.. Lokasinya di rumah mak mertua, Temoh Perak. Di sini majlis akikah ni meriah betul, ada panggil kumpulan marhaban, dua jam Nazif kat atas bakul sementara siap bacaan oleh kumpulan marhaban ni. Masa Naim dulu pun buat kat sini, tertunggu-tunggu saya bila nak siap marhabannya, maklumlah kat Kelantan tak ada buat gini. Rupanya dua jam baru siap. Berdua Nazif dan Alia dimasukkan dalam bakul untuk majlis akikah ni.. Sepanjang dua jam Nazif diam je duduk dalam bakul ni tapi dia tak tidur pun, tapi bila bakul ni tak ditarik, terus menangis meraung dia. Sepupunya lak, baik je, tidur sepanjang dua jam tu.. Mamanya ambil peluang masukkan keputusan dalam sist...

bercakap dengan bayi meransang perkembangannya

Image
Kalau waktu petang, selalunya Nazif ni memang tak nak tidur. Kalau dia tak nak tidur, maknanya memang mamanya tak boleh buat kerja lain lah. Kena duduk dekat dia, dukung dia dan yang paling senang nak buat dia tak gelisah adalah dengan berkomunikasi dengan dia. Kelakar tak kalau korang tengok saya sembang beriya-iya dengan Nazif ni. Bersembang dengan budak 3 bulan, apa yang dia faham, kan? tapi saya gigih sembang dengan dia sebab saya tengok dia pun bagi respons yang baik. Nazif akan tersenyum bila mendengar celoteh saya. Memang saya sedia maklum yang Nazif tak memahami lagi apa yang saya cakapkan kepada dia, tapi saya seronok tengok dia pun mengeluarkan bunyi-bunyi sambil tersenyum seolah-olah nak jawab apa yang saya cakapkan kepadanya..Sambil-sambil dia berkata-kata bahasa bayi tu, kaki dia, tangan dan badan dia pun kadang-kadang semua bergerak-gerak.. banyak tul respons dia bila mamanya ni sembang dengan dia.. si tembam kesayangan saya "Adik, cepat besar dengan sihat ye...

Tak best

Tak bestnya bangun pagi dengan kepala terasa berat, tekak terasa perit, berkahak dan hidung tersumbat, kan? Semalam rasanya ok je. Harapnya lepas mandi, minum milo panas, akan legalah simptom-simptom demam selsema ni. Nazif yang tidur di sebelah ni pun macam dah ada simptom yang sama. Nafas dia kedengaran kuat dan dah berapa kali dia batuk dalam tidurnya. Alahai, sian anak mama ni.. Abg dah baik selsema, adik lak yang kena...

Kerana kedekutmu

Naim ni tak reti nak aplikasikan falsafah sharing is caring nampaknya. Ada ke patut seluar jeans lama dia yang kami pakaikan masa kecil dia tak nak bagi Nazif pakai. Bukannya dia muat pakai lagi seluar yang saiz 6 bulan tu..Pada hal ni bukan kali pertama, masa keluar Ahad lepas Nazif dah pernah pakai seluar lama Naim pun. Hari tu dia tak perasan agaknya, sebab tu boleh terlepas, elok je Nazif pakai jeans lama dia masa tu. Beriya Naim nak pakai seluar lamanya tu... takut adik pakailah agaknya. Walaupun dapat masuk tapi tak dapat nak pasang butang kerana dah tak muat dengan ukuran pinggang dia.. Gelak je kami tengok Naim pakai seluar tu, nak sangat.. Akhirnya dia buka seluar tu sendiri. Tak lama pun pakainya.. Tahu pun ketat...lepas tu elok-elok pulak dia cakap, " bagi adik".  Agaknya memang kena bagi diorang di tahap umur macam ni merasa sendiri sebelum kita larang, baru dia belajar dan faham..huhu, anakku sorang ni memang macam-macam... .Banyak lagi kena belajar  nanti ...

Mood risau: perlu sedih ke gembira

Image
Sejak balik dari kampung seminggu ni, Naim macam nak tunjuk yang dia 'anak papa'. Apa taknya, asyik nak bermanja dengan papa je. Apa-apa mesti dia minta dengan papanya, kecuali bila papa sibuk atau tak layan baru dia minta dengan saya. Muka ala-ala manja.. Tambah pula sejak semalam Naim diserang selsema. Makinlah bertambah manja dia. Bayangkan tengah hari ni dia merengek berkali-kali. Sikit-sikit pun nak menangis. Apa yang nak dibuatnya semua kena papa ada di sebelah. Kalau tak, menangis dia. Lepas makan ubat tengah hari tadi, baru nak tidur. Tapi, Naim tidur pun di atas riba papanya..Ai, terpaksalah layan, kata papa N. Anak tengah tak sihat badan. Terfikir juga saya, situasi ni biasa ke? Risau kot nanti Naim lebih rapat dengan papanya tapi tak rapat dengan saya lak? Mulalah rasa bersalah tak dapat beri sepenuh perhatian kepada Naim yang tak berapa besar sangat lagi ni.. Ke saya patut gembira sebab dengan keadaan macam ni saya ada lebih masa nak bagi tumpuan kepada Nazi...

Perlu kah penggendong bayi?

Image
 pelbagai pilihan baby carrier Kami ni nak kena beli baby carrier atau penggendong bayi tak ? Dah masuk anak kedua baru fikir benda ni. Bukan apa sebenarnya. Masa Naim bayi dulu, dia kecil dan badannya naik pun sikit-sikit je. Lagipun dia sorang je, tak adalah terasa kalut sangat nak menggendong dia bila keluar. Sekarang ni, dengan Nazif yang badannya agak semangat, ditambah pula dengan Naim yang perlu juga diberi perhatian penuh, rasanya penggendong bayi ini salah satu alatan yang kami kena ada untuk memudahkan kami apabila berada di luar rumah. Kalau tak rasanya kelam kabut juga kami berdua menjaga kedua-dua hero ni apabila keluar. Kereta tolak Naim dulu memang ada lagi. Tapi benda tu dah la berat nak diangkut ke mana-mana. Kot dibuatnya Nazif ni pun macam abangnya yang tak suka duduk di dalam tu, kami juga yang susah nati. Bila berjalan-jalan nati tentu seorang kena pegang Naim, seorang kena pegang Nazif, jadi kalau Nazif tak nak lepak dalam stroller tu, siapa lak yang ...

Bawa anak anda ke tempat kerja

HP is sponsoring “Take Our Children to Work" events at various sites around the world. Besides giving us an opportunity to share our pride in HP , these events will help the young people in our lives explore possibilities for their future—and introduce the next generation to HP workplaces, people and technologies. With support from our local leaders, a planning team is mobilizing to organize an event for Friday, 23 rd November 2012. Special activities will be planned for children ages 7-10. Mark your calendar today! Details regarding the event, volunteer opportunities and registration requirements will be shared in the coming weeks.       E-mel dari ibu pejabat suami...     Saya terfikir, dengan keadaan Nazif yang menyusu badan sepenuhnya macam sekarang ni, cadangan ni sebenarnya menarik. Bukan apa, kalau anak kecil dibawa ke tempat kerja, kita sebagai ibu tak perlu risau tentang keadaan anak kita. Ini kerana kita berada dekat dengan...

Membesar sihat dan kuat

Image
Pagi ni awal-awal lagi saya dah usap kepala Nazif sambil cakap kepada dia, "Hari ni adik jangan nangis ye, jadi good boy, tahu?". Lepas tu elok je dia tidur. Jadi, apa lagi, lepas tu saya cepat-cepat mandi. Ingatkan sempat buat banyak kerja sementara Nazif tidur. Tapi, selepas mandi tadi saya cuma sempat masukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, cuci pinggan mangkuk semalam, lipat baju-baju dan kemaskan sikit di ruang tamu. Baru je nak sediakan sarapan, papa N dah bawa turun Nazif. Lepas tu dia bersiap dan pergi ke pejabat, tinggallah saya menguruskan Nazif seorang. Jadi saya hari ni bersarapan dengan biskut tiger je. Dah terbiasa masa di kampung sekitar pukul 7 lebih mak dah siapkan sarapan dan memang sedap-sedap makanan yang disediakan..Nak bersarapan lengkap macam di kampung, payahla.. Baru tiga hari balik ke rumah sendiri, dah rindu kampung...

Ibu menyusu kena jaga makan

Image
Comel tak budak montel ni? Ahmad Nazif dah hampir nak masuk usia 2 bulan. Setakat ni memang Nazif cuma minum susu mamanya. Alhamdulillah kali ni banyak susu badan sehingga tak perlu campur susu sebagai mana Naim dulu. Namun, memandangkan Nazif minum susu badan jadi kenalah saya menjaga makan. Tak boleh makan benda yang sejuk dan berangin. Kalau salah makan, kesian tengok Nazif menangis meraung sebab kembung perut. Jadi setakat ni terpaksalah saya hadkan sayur dan buah yang dimakan. Dah ada pengalaman masa Naim dulu, tak perasan diri makan laici. Lepas makan tu bukan je Naim kembung, saya pun sampai demam. Dah tahu, sekarang beringatlah sedikit tentang makanan yang dimakan . Kita sakit tak ape lagi kan? Tapi tak tahan tengok bayi kecil menangis meraung sebab kembung.

Dugaan menjaga anak kecil

Rasanya ramai ibu yang mengalami masalah macam yang saya alami sekarang. Dengan adanya bayi kecil yang usianya hampir dua bulan ni, terasa pengurusan masa saya agak kucar-kacir. Bayi merengek dan perlukan lebih perhatian. Lagi-lagi bagi ibu yang tak ada pembantu seperti saya. Macam hari ni, sejak dari pagi Nazif tak nak tidur dan cuma nak didukung. Menjelang pukul 1 tengah hari dia mula nangis walaupun saya dukung dia. Tak ke pening saya dibuatnya. Masa tu dah periksa pampers dia, ok je. Perut tak kembung pun.  Badan tak panas. Akhirnya saya dodoikan dia berkali-kali baru dia tidur. Akhirnya, saya bersolat Zohor lewat sangat. Apa lagi, masuk aje waktu Asar tadi terus saya solat, takut jadi lagi macam tadi. Selain menjaga bayi, perlu  juga mengendalikan hal-hal rumah yang lain. Ada juga tanggungjawab yang lain kepada anak yang lebih besar. Banyak dugaan kan? Ni baru hampir dua bulan, esok lusa tentu banyak lagi yang menanti. Anak ni anugerah, jadi kenalah kita hargai anuger...

Hari pertama balik rumah..

Assalamualaikum. Akhirnya saya ada banyak masa nak berehat dan update blog. Sebelum ni, dari awal pagi sehingga petang ni Nazif agak merengek dan tak tidur lama. Paling lama tadi dia tidur dalam 10 minit aje. Itu pun tidurnya di atas riba saya dalam pelukan.. Baru je saya nak letakkan dia di tilamnya dia mula meraung.. Ai, payah juga kalau berterusan, bukan ada ramai orang di rumah ni yang boleh bergilir nak pegang budak montel yang usianya hampir dua bulan ni. kalau hari bekerja papanya akan balik petang.. Dalam tempoh sehingga awal tahun depan, lama juga saya akan jaga sendiri Nazif ni. Jika difikirkan, syukur sebenarnya saya bersalin awal bulan Ogos. Dengan cuti tiga bulan yang diberikan, tambah pula dengan cuti sekolah panjang, saya ada masa panjang nak jaga Nazif sehingga dia 'keras' sikit badannya, sebelum terpaksa tinggalkan dia di nursery bila saya dah mula bekerja nanti. Nak tahu macam mana Nazif yang sepanjang hari asyik merengek tak nak tidur dan...