wwe: Sukan yang paling tak faham

Minta maaf lah ye kepada semua peminta rancangan WWE. Sejak kahwin ni, saya memang dah biasa dengan kegemaran suami, iaitu suka tengok  rancangan WWE. Bukan dia je, adik beradik dan mak abah dia pun kalau ada peluang memang suka tengok rancangan ni. Malah ikut cakap diorang, hobi ni mula dari zaman kanak-kanak lagi sebab atuk diorang memang penggemar rancangan gusti. Malah, di rumah arwah atuk di Teluk Intan dulu, kalau ada rancangan ni, semua orang akan menonton bersama-sama.

Sampai sekarang, saya betul-betul tak leh faham rancangan ni. Nak kata lasak pun tak lah lasak sangat. Tapi, saya tak minat tengok drama-drama dalam rancangan ni. Bukan ada lawan-lawan je, yang bab bersembang lagi lama rasanya. Sekarang nampaknya Naim sedang dilatih oleh tengok WWE ni, saya nak naik atas dan tidur aje la. Dah tak faham buat ape nak menonton, kan?

Comments

  1. dulu2 sukala..
    bila dah besa ni, dah x minat daaa.. hehe

    ReplyDelete
  2. sy ni plak duk pk.. betoi2 ke lakonan sbb ada org kata berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl ina, saya pun penah duk fikir diorang ni blakon ke btl sb tgk mcm main2 je.

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?