Anak suka memukul: Patut risau ke?
Si nakal yang suka senyum... nak marah pun tak sampai hati |
Mula-mula ada juga kami bertanyakan kepada rakan-rakan yang ada anak-anak kecil. Macam-macam pendapat saya dapat. Ada yang kata mungkin Naim terpengaruh dengan perangai budak-budak lain di taska. Ada pula yang mengatakan budak-budak akan bertukar-tukar kelakuannya, taklah perlu risau sangat. Ada juga yang cakap mungkin Naim mengada-ngada macam tu kerana nak dapat adik. Logik ke?
Korang ada tak pengalaman macam ni? Setakat ni saya dan suami akan bagi dia nasihat kalau dia memukul. Kami cakap pada dia supaya jangan ulangi buat macam tu. Selain tu, sekarang ni saya kerap bacakan Surah Al-Kafirun, minta dilembutkan hati Naim ni supaya dengar cakap dan berkelakuan baik. Apa agaknya cara nak hilangkan tabiat macam ni?Risau juga kalau berterusan...
Banyakkan berdoa .. Mungkin jeles nk dpt adek
ReplyDeletesalam, anak sy br 15 bln da ade perangai yg sama. lama jgk berterusan ni...dr umo setahun lg. doktor kanak2 nasihatkan sy utk buat tiga cara, ajar dia mintak maaf, cut away mase menegur, dan jelaskan perbuatan tu salah dan kenapa. juga ustaz nasihatkan utk mmbaca surah toha ayat 1-5 dan zikir ya Latif 100x pabila dia nak tido. mula2...berat jer nak buat...tapi skg makin rajin sy amalkan sbb makin menjadi perangai dia. smpai pertama kali cikgu taska repot dia pukul org. uasahakan la dgn sabar. insyaAllah.
ReplyDelete