Iktibar dari drama Maafkan Aku
Ramai yang menonton cerekarama di TV3 semalam tak? Saya rasa banyak drama dan rancangan di bulan puasa ni yang membawa banyak pengajaran kepada penonton. Tahniah, nampaknya penerbit di negara kita ni semakin ramai yang prihatin tentang hal ini. Taklah terasa menyampah nak tengok tv sesambil menunggu nak siapkan makanan ataupun bersantai-santai dengan ahli keluarga, kan?
Saya tertarik dengan konsep orang yang menghargai peluang kedua. Macam Firdaus semalam, secara logiknya memang ramai antara yang terlibat dengan jenayah atau masalah sosial ni ada latar belakang seperti Firdaus. Naluri manusia yang penuh amarah memang takkan menolak untuk jadi jahat sekiranya dituduh dengan fitnah yang dasyat. Tak juga boleh kita nak salahkan sesiapa dalam hal ni, ramai yang terlibat. Namun dugaan Allah ni hanya Dia yang tahu apa hikmah-Nya.
Siapa sangka peluang kedua untuk jadi lebih baik datang? Malah kehidupan yang jauh lebih baik Firdaus dapat. Dalam kehidupan kita pun, ramai yang dapat peluang kedua tapi entah berapa ramai yang sanggup dan tabah menghadapi cabaran untuk berjaya dalam peluang kedua?
Selingan : Kelas Moral tingkatan 1 hari Jumaat lalu, saya ajar tajuk menghormati undang-undang. Masa ditanya apa peraturan sekolah yang ingin diubah sekiranya diberikan peluang, 10 murid bangun menyuarakan macam-macam pendapat. Mentaliti murid tingkatan 1 ni, ada yang nak dibenarkan masuk ke sekolah ikut suka hati, ada yang tak nak ada badan disiplin, ada pula yang ingin sekolah tanpa kerja rumah dan ada juga yang taknak ada belajar banyak. Selepas sesi perbincangan, alhamdulillah semua menyedari kalau tak ada peraturan, hidup ini akan kucar kacir. Mujur cikgunya dah bersedia dengan jangkaan idea bukan-bukan murid ni...

Yup, cerita malam tadi tu memang ada pengajaran..Kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya. Peluang kedua yang diberi menjadikan dia insan yang lebih baik..
ReplyDeleteterlepas peluang namun berpuas hati dengan beberapa drama yang ditayangkan
ReplyDeleteMesti ada ulang tayang rasanya.
Deletealamakkk rugi la plak.. sy xtgk pun cite tu..
ReplyDeleteTakpela ina kn di kg uruskan majlis tahlil agknya ms ni...org yg xbuat ape ni tgk tv aje la jwbnya sesambil main dgn anak.
Delete