Setem kad ucapan perayaan tidak melebihi 50g hanya 50 sen

Terbaca artikel ni di Metro tadi. Ramai lagi tak yang gemar hantar kad raya dengan cara pos ni? Rasanya kalau saya sendiri, dah dua atau tiga tahun tak beli kad raya. Ucapan raya disampaikan cuma dengan SMS, MMS, facebook atau melalui ucapan di blog. Lebih mudah rasanya. Tak payah nak beratur di Pejabat Pos untuk beli setem. Kad lak, harganya lebih mahal. Kalau gunakan internet atau telefon bimbit, cepat je dan haraga jauh lebih murah.. ye kan?

Mungkin bagi adik-adik yang masih bercinta ada lagi yang beli kad. Kad yang comel dan istimewa kan? Kad memanglah boleh disimpan untuk buat kenangan bila tua nanti.. Tak pun bagi syarikat-syarikat ada yang akan hantar kad sebagai penghargaan kepada pelanggannya. Tapi bagi rakyat biasa, rasanya dah makin kurang budaya hantar kad raya ni, kan?

Macam-macam perubahan bila teknologi semakin maju kan? Entah beberapa tahun lagi macam mana pulak jadinya. Apa pun yang penting ucapan dan ingatan kepada rakan, ahli keluarga dan jiran tetap ada. Secanggih mana pun kita, zaman apa pun kita berada, yang penting ikatan ukhwan sesama kita tetap kukuh. Cara tak kisah, yang penting mesejnya sampai..

Comments

  1. tapi kak ayu lebih suka beri kad raya.
    hehehe

    rasanya kekal selamanya selagi kad tu dijaga dengan baik, sebenarnya dh 2 tahun lepas, harga pos kad raya dah rm 0.50

    ReplyDelete
  2. ye ke? mmg sy dh lama tak beli setem, tak tahu pun dh naik rege..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1