Tiga orang tiga jenis makanan

Hari kami suami isteri berbuka puasa ikut selera masing-masing... Saya beli mangga dan buat kerabu mangga versi Kelantan, iaitu ada letak isi ikan sedikit. Lebihan ikan tu saya goreng je, kemudian makan dengan timun dan budu..Sedap rasanya.

Suami lak masak sendiri, ayam masak lemak cili padi dan kangkung goreng. Waktu saya balik tadi sekitar jam 6.10 memang suami dah mula masak ayam tu.. Dia pun makan bertambah-tambah. Yang paling tak tahannya berkali-kali dia puji masakannya sendiri tu sedap sangat.

Eloklah tu, saya pun cuit sikit-sikit makanan yang suami masak, suami pun cuit sikit-sikit je makanan yang saya makan tu. Tapi akhirnya habis juga saya ratah kerabu mangga dan ikan  goreng tu.
Entah apa kena mengena pic ni dengan entry ni..

Naim lak makan jagung rebus, mama dia yang rebus sendiri kali ni. Makan jagung tu Naim tabur-tabur, bukan makan habis pun. Kecik ati mama tau, macam tak sedap je mama rebus jagung tu. Tapi tengok dia gembira lepas makan, legalah hati. Macam-macam zikir dia baca sambil bermain selepas makan jagung tu. Agaknya budak kecil ni dah kenyang kot, andaikanlah je gitu..

Ni belum lagi tengok adik Naim nanti suka makan apa.. Tak apalah kan? Yang penting makan cukup dan tak bazir..

p/s : jangan bosan ye baca citer tentang diri dan keluarga saya. Takut tulis pasal orang lain nati tak pasal-pasal kena saman lak...payah tu...bukan ada banyak duit nak bayar nanti...

Comments

  1. xbosan pun.. hihii.. sy lbh sk macam ni.. lbh elok tulis yg berkaitan diri sendiri.. xyah nak sibuk2 hal org kan... hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1