Latihan pertama tak pakai pampers
Ingat lagi entry saya sebelum ni tentang nak latih Naim tak pakai pampers? Hari pertama pakaikan Naim training pants, akhirnya berlalu. Sebagai persediaan, sepanjang masa hari ni kami anak beranak menghabiskan masa di tingkat bawah je. Tujuannya supaya senang bersihkan kalau Naim terkencing dalam seluar tu. Selain tu, kami pakaikan dia seluar kain ni pada pukul 10.30pagi, selepas Naim dah buang air besar.
Hari pertama ni kira ok juga sebab tak ada Naim terkencing merata. Dua seluar dipakaikan sepanjang hari ni, sebabnya pada pukul 1 tadi, tetiba tengok seluar pertama dah basah. Naim kelihatan tak selesa je, tapi dia tak bagitahu pun yang dia dah terkencing dalam seluar kain tu. Mujur waktu tu dia ikut papanya main kat laman belakang, jadi tak payah nak cuci dalam rumah.
Sejam setengah kemudian, papanya bawa Naim ke bilik air untuk mengelakkan Naim kencing dalam seluar kedua. Kali ni berkali-kali ingatkan Naim supaya bagitahu sekiranya dia nak kencing.
Jadi sempatla latihan tak pakai pampers untuk hari pertama sehingga kul 4.45 petang. Ni pun sebab salah faham ingat Naim terkencing lagi, lalu cepat-cepat tukar dengan pampers. Rupa-rupanya seluar kain yang dipakai Naim ni tak basah pun.
Sepanjang hari Naim aktif macam biasa. Cuma pada awal pakaikan dia seluar kain ni dia suka nak tarik-tarik seluar ni dan main anu dia. Beberapa kali ditegur barulah dia tak ulangi lagi. Mungkin saiz xl yang dibeli ni longgar untuk Naim, jadi bagi rakan yang nak cuba pastikan korang beli saiz yang padan dengan anak korang ye..

naim umo brp yer?.. emmm tgh berkira2 gak ni pasal alisha... rs dah nak start ajar.. tp tu la, msh berpikir2..
ReplyDeleteIna, naim skrg dh 2 tahun 4bln lbh, lahir hjg mac.. Dia mmg suka pakai seluar hari tu.nati leh latih alisha lak, dia pun dh byk ckp tu..
Deletebagus juga kita melatih mereka supaya mereka biasa...
ReplyDelete