Belum apa-apa dah tempah 3 jenis kuih

Puasa pun belum lagi mula, tapi semalam saya dah tempah 3 jenis biskit raya. Ni pun tempah yang tak nampak sendiri macam mana biskut tu. Angkara Kakak Besar(anak sulung Kak Long) lah ni. Dia bagi sms tanya nak tempah biskut raya dengan kawan ofis dia tak. Dengan jaminan sedap, saya pun segera tempah tiga balang.. Kata Kakak lagi, akak saya di Keramat juga beli dengan kawan ofis Kakak Besar ni, 2 jenis...

Ni belum lagi tengok pelbagai produk kuih di sekolah. Selalu memang beratus-ratus jenis biskut akan dijual oleh rakan guru bila tiba je bulan puasa. Cikgu-cikgu ni jangan tak tahu, memang pandai berniaga. Kalau tak manakan Hari Karnival sekolah kami tahun ni dapat RM 100,000. Ni berkat kerajinan semua guru la. Saya je jenis malas nak berniaga, tahu beli je produk orang.

Tapi sekarang sebagai isteri kena beli biskut lebih sikit. Untuk rumah sendiri, bawa balik ke rumah mak lagi dan juga untuk rumah mak mertua juga.. tunggu tengok yang kawan-kawan di sekolah nak jual lak, tambah lagi sikit kuih.

Comments

  1. amboiii . semangat nih . puasa pun belum lagi . hihi :D

    Cekgu-cekgu kt skola min dulu pun klu time dekat2 nak raya ni mmg riuh satu bilik guru dgn jualan masing2. hahah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun meriah, suka betul bila tgk cgu2 ni mcm2 produk dijual..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1