Untungnya masih ada mak...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi bila mengenangkan saya masih ada mak. Harap korang pun sama ye. Semalam ada kawan saya yang bertanya tentang di mana saya akan berpantang kali ni. Saya pun jawab lah, "mestilah balik kampung, bagi mak yang jaga, baru selesa".
Tak sangka pula jawapan tu buat kawan saya tu terasa. Bukan ape, dia terasa kehilangan emak. Emaknya dah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Jadi, masa kawan saya ni bersalin anak kedua tahun lepas, dia telah berpantang sendiri. Banyak bezanya semasa berpantang anak pertama dulu, katanya.
Bukan hal berpantang sahaja sebenarnya. Sokongan moral daripada emak kita yang lebih penting sebenarnya. Saya tak dapat bayangkan kalau tak dapat mengadu hal kepada emak tentang perkembangan Naim, masalah kerja ataupun hal hal lain. Bukan semua hal emak tolong selesaikan pun sebenarnya, tapi perkongsian ni buat saya rasa lega.
Mak juga tahu kat mana kelemahan dan kelebihan kita. Mak juga tahu cara yang sepatutnya marah jika kita buat sesuatu yang tidak patut. Masakan mak pula memang terasa sedap walaupun kadang-kadang makanan yang dimakan cuma makanan biasa. Telur goreng dan sayur goreng pun terasa sedap. Memang tak habislah kalau nak diceritakan kebaikan ada emak ni..
Ya Allah rahmatilah ibu dan ayahku....Panjangkan umur mereka dan berikan nikmat kesihatan kepada mereka...

terasa besar sungguh jasa mak..
ReplyDeletehmm..
insaf.. =_+
sy pun sayang mak n abah saya.. hargailah mereka selagi mereka ada kan..
ReplyDelete