Terkenang lagi

Banyak masa arini tak buat apa, sekadar berehat, main dengan Naim dan melakukan kerja-kerja mudahje buat saya terkenang pengalaman Ramadhan yang lalu. Bila dikenangkan banyak juga kenangan manis.

Tahun 2010, masa saya masih lagi di Taman Tun Aminah, Skudai, selalu saya dan rakan-rakan serumah berkunjung ke bazar ramadhan untuk membeli makanan berbuka. Terima kasih kepada Lina, Mary dan kadang-kadang Azmi yang akan bergilir-gilir mendukung Naim semasa kami di bazar Ramadan ni. Naim lak yang kelakarnya, akan selalu tertidur bila masuk bazar ni. Rasanya dia yang waktu tu baru 6 bulan tak biasa dengan orang ramai yang memenuhi bazar. Tambahan pula, bila melalui gerai yang menjual ikan bakar, ayam percik, satay atau yang melibatkan bakar-bakar tu selalunya memang akan ada banyak asap, kan? Agaknya tu sebab Naim ni pejam mata lalu tertidur.

Mujur ada rakan yang prihatin macam ni..Dapatlah kami bertukar-tukar selera, kadang-kadang pergi ke Taman Universiti, kadang-kadang pergi ke Bandar Baru Uda dan paling malas ke Taman Tun Aminah je untuk beli makanan berbuka. Yelah, bukan senang nak jaga anak kecil sorang-sorang. Suami lak jauh, kalau boleh datang pun hujung minggu je. Hari lain, contohnya masa berbuka puasa atau bersahur, Lina dan Mary lah yang selalu tolong jaga Naim...Kadang-kadang segan juga. Tapi diorang ni sporting, lagi-lagi Lina yang cukup suka main dengan budak-budak.


Alhamdulillah, bila dah pindah ke Selangor ni tak adalah lagi pengalaman macam ni.. Untuk bersahur pun suami banyak tolong. Dia mudah bangun awal. Mungkin juga sebab kerja pun selalu awal sebab berkaitan dengan pelanggan di Australia dan New Zealand yang waktu kerja diorang mula pukul 5 atau 6 pagi lagi. Tapi buat sahabat-sahabat yang baik ni, jasamu semua tetap dikenang. Andalah sahabat masa susah, insyaAllah Allah akan merahmati anda semua.. Buat sahabatku, Lina, banyakkan bersabar ye, semoga akhir tahun ni Lina dapat pindah ke Terengganu dan tinggal sama-sama dengan suami ye...doakan banyak-banyak sempena Ramadhan yang mulia ini.

Comments

  1. ya, pengalaman indah bersama rakan2 itu lah yang membuatkan kita sentiasa tersenyum sepanjang zaman.. banyak memori suka dan duka..

    hari berganti hari, mmg banyak perubahan dan cabarannya.. semoga kita redha menghadapi semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu.pglaman dlm ingatan, n buat kita lebih matang.

      Delete
  2. hehe..sayunye k.ain..m..time ksih byk2 gak k.ain sbb bwk g bazar n jln2..mok cik kn xpndai bwk kete mse tu..leni pn, tkut2 gop lg..naim pning tgok org rmi sgt..stiap ari mndi asap..dh la pgsuh mls mndikn die..hehe..amin2..mntk2 la dpt pndh jgak thn ni..bleh la pk utk mse dpn ckit ble dh idup bsma ni..nk bli umh, skmo tgndla..last2, suh nikmat design umh n wat wallpaper utk laptop ni..duk brangan sorg ble tgok umh..hehe

    ReplyDelete
  3. lina: doakan byk2 ye....duk susah2, nati akan senang la bila duk sama tu..

    ReplyDelete
  4. haa tu la, bila duk berasingan dgn mmg susah kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1