Taucu untuk sahur

Hari ni atas permintaan suami, saya bangun awal. Memang awal betul, kul 2.45 pagi terjaga terus bangun, takut nanti dah tak tersedar. Terus je masakkan lauk untuk sahur. Bukan saya yang nak berpuasa, tapi suami yang nak puasa sunat hari ini. Mengada-ngada tul, kan? setakat puasa sunat je, tak payah lah suruh mak buyung ni masak....makan roti dan air pun ok ape? hehe, tapi tak apelah, masak ajelah taucu yang diminta tu, bukan susah pun.. Lagipun saya boleh juga tumpang makan sama pagi nanti..
Walaupun nampak biasa jer, ikhlas masak ni tau....hehe..
Memang masak yang mudah je. Lauk ikan taucu ni, sayur dan nasi putih..siap.  Dah kira banyak ni, kan?

Pesanan penaja rancangan :
abang, kalau isteri abang ni nati terbersalin awal, bulan Ramadan nanti pandai-pandailah survive ye.... masak sendiri ke, tapau siap-siap ke...

Comments

  1. hubby akak nak manje2 tu . hoho . pasni dia plak yg manjekan akak lepas dpt baby nnt . hihi:D

    Nak resipi ! nnt kalau akak senang kongsi la resipi yg akak tawu taw :DD bleh try . dh dkt nak masuk usia dewasa nih kena blaja . hahahah

    ReplyDelete
  2. Ok, insyaAllah nati akak berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  3. hihii siap ada psanan utk hubby lg.. hehhe

    ReplyDelete
  4. ina: hehe, lama tak jenguk sini? dh lapang ke? saja bg pesanan penaja tu, bagi husband beringat, kena pandai berdikari..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1