Fadhilat nisfu syaaban

Beberapa hari yang lalu, saya mendapat panggilan dari kampung. Setiap tahun ayah selalu mengingatkan saya tarikh-tarikh tertentu. Kadang-kadang terasa macam masih bujang lak. Ayah kali ni mengingatkan tentang malam nisfu syaaban, iaitu jatuh pada malam hari ni, 4 hb Julai yang bersamaan 14 syaaban. Kata ayah, malam Khamis ni jangan lupa ke masjid ye.. Tapi nampaknya kali ni, wakilkan suami je lah. Saya terpaksalah duduk di rumah menjaga Naim.

Selalunya kami adik beradik diingatkan supaya banyak berdoa pada malam ni. Kata ayah, apa sahaja doa kita pada malam ni akan InsyaAllah dimakbulkan Allah.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang dirsebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepada Mu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai solat, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a: “Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Nisfu Syaaban juga adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk Maghrib).
                                                              sumber : google

Comments

  1. tu la kan... emmmm tiba2 lak rs mcm ibadat tak cukup tp buku dh nak tukar baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe, kita bt lbh baik utk masa seterusnya

      Delete
  2. banyak lg rasanya yg perlu diperbaiki..tp setiap tahun rasa mcm sama je saya ni..

    ReplyDelete
  3. salam dtg dr blog IntanBerlian...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1