Posts

Showing posts with the label Saja-saja

apa bakal jadi mangsa panggang ni?

Image
Ha.. Dah dua minggu beli pemanggang avon ni tapi bendanya masih dalam kotak lagi. Kononnya beli ni nak masak macam macam. Bila dah ada tak ada idea lak nak masak apa. Mujur beli dengan kad avon kakak saya dapat harga RM 94 je. Beriya hari tu kirim dengan dia, sampaikan kakak saya beli barang untuk membolehkan dia beli pemanggang ni untuk saya. Terima kasih ye.. Ai..tengoklah nanti.. Saya cuba rajinkan diri.. Published with Blogger-droid v2.0.10

makan bubur aje lah....

assalamualaikum semua.. terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kesihatan suami saya semasa menempuhi pembedahan membuang tonsil Isnin yang lalu. Dah selamat dan dibenarkan balik petang Selasa lagi. Cuma sementara masih terasa sakit di bahagian yang dibuang tu, suami saya dinasihatkan makan bubur dan ais krim sahaja. Seronok jugakan? sebab sakit dapat makan aiskrim banyak-banyak.. hihi... Bak kata doktor yang merawat tu, isteri tersayang ni pun belilah aiskrim yang berperisa vanila untuk suami. Tapi nampaknya Naim yang sihat walafiat ni yang makan lebih-lebih. Bukan aiskrim je, bubur papanya pun dia  boleh makan sampai 2 mangkuk penuh sekali makan. Bayangkan, banyak tu. Masa di hospital hari tu, sedih dan kesian tengok suami saya masa mula-mula dimasukkan ke bilik wad selepas selesai pembedahan. Dengan tak bermayanya dia pada waktu tu, tentulah tak bermaya sebab dibius seluruh badan, kat mulut dan sekitar bibirnya masih lagi ada kesan darah. Suami pun mengad...

Makan sorang

Selamat pagi semua.. Lama tak menulis, kononnya sibuk sangat ye? hehe...memang agak sibuk mula-mula masuk sesi baru ni..nak pam susu pun tak sempat, akibatnya, nazif dah kena campur susu masa berada di taska. Mamanya sempat bekalkan susu badan dalam 5-10 oz je sehari dalam tiga hari bekerja ni.. Hari ni seperti biasa saya bangun awal. Nazif tadi teman mama, tetapi masuk pukul 9 ni dah tidur pulak. Itu yang ada masa nak update blog dan BW sekejab.. Berkenaan dengan tajuk makan sorang ni, tadi saya masak mee. Memang kuantitinya tak banyak, tapi biasanya suami saya memang tak makan banyak bila dihidangkan sarapan. Tapi disebabkan sampai pukul 9 tadi dia belum bangun, saya dah habiskan sorang mee goreng yang sedap tu..haha..takpe, nanti dia dan Naim bangun saya sediakan kentang goreng dan telur separuh masak pulak..

Selepas empat bulan

Korang dah tengok filem Istanbul Aku Datang ke belum? Entah apa istimewanya filem ni, semalam berjaya saya tengok sehingga habis filem ni. Kami tengoknya kat umah je. Papa N download daripada internet sebab isterinya yang suruh. Nak keluar tengok wayang dengan anak kecil memang tak adalah. Bangun pagi tadi sempat saya terfikir yang sejak ada anak dua ni, dalam empat bulan ni rasanya tak ada lagi drama atau filem yang saya tonton sampai habis. Biasanya separuh jalan je. Bahkan drama korea kegemaran saya pun banyak yang saya tengok sambung-sambung, mujur ada PVR. Bukan juga saya ni peminat Lisa Surihani atau Beto Khusairy. Menarik filem ni mungkin jalan ceritanya yang sesuai dan macam comel. Sambil gelakkan fesyen pakaian Lisa, seronok tengok Lisa meluahkan masalah dia dalam blog.. Tapi bahagian yang Lisa berputus hubungan dengan Tomok tu paling rasa tak boleh diterima. Baru sekejab putus kasih yang dah bertahun-tahun, boleh pulak terima cinta lain.. Tapi cerita, sudah ten...

Anak dara : Jom tengok bekas gula

Alhamdulillah lega dah selesai kemas dapur. Petang ni dan malam ni insyaAllah rumah saya akan dikunjungi oleh MIL dan keluarga kakak dan adik ipar. Seminggu ni memang tak sempat nak kemas, dengan anak-anak sakit dan asyik merengek je kerjanya memang terpaksa sakit mata tengok berselerak rumah dan dapur. Rumah alhamdulillah suami dah tolong kemas semalam. Masa saya kemas dapur tadi, teringat kata-kata biras saya yang mengatakan dia dengar daripada kawannya petua nak cari menantu perempuan yang baik kena tengok bekas gula dan garam orang tu. Kalau nampak bersih maknanya ok lah tu... Apa lagi, cepat-cepat saya lap bersih-bersih sampai berkilat bekas letak gula dan garam tadi.kot-kot dia datangnanti dia jeling tengok bekas gula dan garam saya kang selamat saya... Tapi, lojik ke? Kalau bersih tak ke macam anak dara tu tak masak? Kalau rajin masak tentu bekas gula garamnya ada kesan kotor sebab kalau macam saya, kadang-kadang masa kalut senduk pun hentam je masuk ambil garam sebab n...

Bila budak tembam keluar jalan-jalan

Image
Nazif memang jadi tumpuan orang yang dijumpainya. Setakat sebelum ni, memang ramai yang tegur dia tembam dan geram nak cubit pipi dia. Malah saudara mara yang terdekat memang ramai yang  cubit pipi dia. Adik saya pula berkali-kali menyatakan Nazif dah makin comel, tak seperti yang dia lihat masa dalam pantang dulu.. Antara pengalaman yang melucukan sepanjang minggu lepas ialah semasa saya ke pasar di Pasir Mas, ada seorang makcik tegur yang Nazif ni tu'buh . Suami saya yang berasal dari Perak ni beriya-iya menyoal apa maksud kata-kata makcik tu. Gelak je saya sepanjang perjalanan balik. Kalau istilah tu'buh di Kelantan ni maksudnya badan bayi yang tembam atau berisi .. tengok jelah pipi dan lengan Nazif tu Pernah juga bila saya bagi tahu yang Nazif ni usianya baru 3 bulan lebih, ramai yang buat terkejut. Ada yang tanya samaada Nazif dah diberi makan bubur. Katanya dah macam budak lima bulan. Dengan badannya yang berisi serta nampak keras, dia mema...

Kereta rosak

Image
Alhamdulillah semua rakan-rakan nampaknya dah kembali dari kampung masing-masing.. Blog-blog yang sepi sehari dua masa raya hari tu pun dah kembali ceria dengan cerita masing-masing.. Saya buat masa ni sibuk curi masa menyiapkan kerja sekolah yang dah lama tertangguh tu. Memang kena pulunlah sebab minggu depan dah kena masuk sekolah semula. Mau kena marah kalau kerja tak siap, kan? Tapi tadi, alahai, baru nak cuba gerakkan Myvi kesayangan , tak dapat. Entah apa rosaknya, kena panggil mekanik kot rasanya.. Jangan buat hal, minggu depan dah nak pakai ni... Harapnya taklah rosak teruk yang kena tinggal lama kat bengkel.. payah nanti..

Berani tak?

Image
Learn to fly a Cessna 150 plane over Kuala Lumpur. Takes off from Subang SkyPark Terminal . 20-minute ground training, 20-minute flight time.

Semua dah sedia..kami sokong je..

Image
Kami satu keluarga tak keluar malam ni.. Bersedia depan tv untuk menyokong pasukan Kelantan malam ni berbekalkan jagung rebus, ayam goreng, tau fu fah dan murtabak daging.. Harapnya pasukan Kelantan akan buat yang terbaik... Puok kita buleh..

tak suka tak apa

Tak suka tak apa kerana saya memang begini kalau gembira ku tunjuk gembira kalau bermuka ketat, adalah yang tak kena.   tak suka tak apa, kerana saya memang begini kalau marah tak dapat nak tahan tapi tak ada nak simpan dendam apa lagi berpanjang-panjangan.   tak suka tak apa kerana saya memang begini tak suka cakap belakang tak puas hati memang segera diluahkan   tak suka tak ape kerana memang saya tak reti membodek jangan nak dengar kata pujian kalau saya tak rasa demikian tak kira siapa dia dalam hati sentiasa yakin insyaAllah Allah akan menolong umatnya ini.. p/s : benci kaki bodek dan orang suka ambil kesempatan

Gaun dah dapat tuan..

Image
Memang sesuai betul semalam saya beli gaun untuk anak buah.. Rupanya tuannya nak keluar hari ni. Setelah dapat tahu baby Alya Arissa ni lahir, kami cepat-cepat bersiap dan balik ke Teluk Intan untuk melihat baby..Lagipun tak jauh sangat perjalanan dari BSP ke Teluk Intan. Tapi tak adalah pagi sangat, kami keluar rumah tadipun dah pukul 11.30 pagi. Alhamdulillah perjalanan hampir tiga jam terasa tenang sebab kedua-dua hero kami ni banyak tidur. Lega hati mamanya ni.   alya arissa lahir 3kg pada pukul 4.00 pagi.   Masa kami sampai tadi bayi comel ni tak buka mata lagi.. Jadi, tengok ajelah dia tidur. Orangnya putih melepak. Memang sesuai warna gaun yang saya pilih semalam tu..puji diri sendiri lak...Nak tahu apa reaksi Naim masa tengok baby Alya ni? Dia tengok dan cakap, "banyaknya baby..". Lucu kan? Dari perspektif budak dua tahun itu komennya..Tak macam kita yang dewasa ni komen tentulah pasal comel, berat, rupanya atau lain-lain lagi. Tapi, betullah kata Naim t...

Geramnya, lalu kucapai satu...

Image
Baju-baju budak perempuan memang kebanyakkannya cantik, kan? Setiap kali pergi ke pasar raya, geram betul saya bila tengok gaun-gaun, semua nampak cantik!!! Tak ada rezeki lagi nak dapat anak perempuan jadi tak dapatlah nak beli gaun-gaun yang comel ni..adui rugi kan? eh, ke boleh kata syukur sebab selamat duit saya kalau macam ni... pic dari google: mana boleh tunjuk baju baru tu, nanti tak surprise nak bagi hadiah, kan? Semalam, kami satu famili pun pergilah ke IOI Mall. Niat hati nak belikan Nazif pakaian baru. Tapi belum lagi sempat beli baju untuk hero-hero kesayangan ni, saya dah tersinggah di kedai baju gaun untuk kanak-kanak.. Semuanya cantik, berkenan tengok.. Dalam hati saya mula-mula tu tak ada apa-apa niat nak beli. Saja tengok sebab rasa lawa baju-baju tu.. Apa kes nak beli kalau tak ada anak perempuan pun, kan? Siapa yang nak pakai? Jurujual di kedai tu pun tanya, Nazif ni lelaki ke perempuan? Agaknya dia pelik tengok saya pilih-pilih baju gaun sedangkan saya bawa b...

Jom masak!

Image
Bagus betul petikan ayat ni kan? Kaum lelaki atau suami kena bersyukur kerana isteri masih masak walaupun dengan kesibukan yang ada. Walaupun kadang-kadang sebab sibuk dan kalut, masak pun satu jenis lauk je... Lebih baik daripada tak ada langsung kan?  Huhu, ayat-ayat back up diri sendiri sebab tengah hari tadi jamu suami nasi putih dan paprik ayam je....

Pengantin diarah bekerja pada hari perkahwinan

Zhang Yu, pengurus di pusat tol lebuh raya di Qingdao, wilayah Shandong di timur China, merancang bercuti seminggu untuk melangsungkan perkahwinannya. Bagaimanapun, majikannya membatalkan semua cuti apabila jalan raya di seluruh China sesak dengan berjuta-juta pemandu pulang ke kampung halaman masing-masing minggu lalu sempena cuti Festival Bulan. Zhang Yu terpaksa mengendalikan pondok tol itu dan pada masa sama, berjaya melangsungkan perkahwinan ketika waktu rehat makan tengah hari apabila rombongan kereta perkahwinannya melalui tol itu.       dipetik dari Metro Online... Memang tak patut, kan? Kalau saya rela berhenti kerja kalau kena macam ni...

Fakta kuih yang lucu

Image
Sumber : FB

Colek pauh & colek malas

Image
Tadi jenguk ke dalam peti sejuk yang tak berapa banyak isi kandungannya tu ternampaklah sebiji pauh @ mangga nama bandarnya. Ni sebenarnya buah yang lebih daripada kerabu mangga yang saya buat minggu lepas. Elok lagi buahnya.. Sebiji pun sebijilah, daripada membazir elok dimakan, kan? Jadi, apa lagi, saya ambil pisau, kupas kulitnya dan potong kecil. Ni orang kelantan panggil colek. Colek yang mudah nak disediakan. Sebab malas dan buahnya sikit je, saya tabur je garam gula dan kemudian curahkan kicap manis ke atas mangga ni.. kemudian ngap je.. Habis citer colek pauh, jom kita tengok colek malas lak. Orang kelantan tahulah benda ni apa.  Korang  yang tak tahu, sila tengok gambar je. Yes, betul. Colek malas ni sebenarnya ialah cucur udang. Orang kelantan ni memang bagi nama makanan unik kan? Hehe, puji negeri sendiri lak. agaknya colek malas ni dapat namanya sebab mudah nak disediakan.. Tapi yang saya makan ni cucur udang segera je.. Memang sesuailah nama cucur ni colek...

Lain orang lain alahan

Bercakap tentang pengalaman mengandung ni tentu ramai yang nak kongsikan pengalaman masing-masing kan? Macam-macam pengalaman dan alahan pun tentu macam-macam.. Selain kerap penat sejak mengandung ni, saya sebenarnya taklah banyak alahan yang pelik-pelik. Cuma ada sedikit muntah-muntah pada awal-awal dulu. Tapi, antara yang lain daripada lain ialah sejak menempuhi masa-masa mengandung kali kedua ni, saya memang tak gemar memakai mekap. Pada hal sebelum ni bukanlah saya pakai banyak mekap pun.. Kalau setakat nak pergi ke sekolah saya cuma akan pakai pelembab dan akan tepek bedak. Kemudian calit sikit lipstik yang warna tak terang. Kira adalah juga pakai sedikit sebanyak tak nak bagi murid tengok cikgu muka macam tak siap aje, kan?Tapi, sejak mengandung ni, lipstik dan bedak saya memang dah tak pakai. Malah, Naim dah rosakkan bedak dan lipstik saya, jadi sekarang tak kisah tak ada bedak dan lipstik langsung dalam beg tangan. Terasa tak mau pun nak pakai semua benda t...

Balik raya Kelantan tahun ni

Rasanya banyak pasangan suami isteri  akan berebut tentang sambutan raya pertama di rumah siapa, kan? Mungkin tak ramai yang jenis tak kisah kat mana pun beraya ari pertama. Walaupun mungkin dalam pantang, raya tahun ni mestilah seronok sebab saya akan balik beraya di Kelantan lagi. Hehe...suami saya dah berbunyi yang dia rasa lain macam sebab dua tahun berturut-turut balik raya di Kelantan. Nasib la, saya jawab. Dah kebetulan Mak dan Abah pergi umrah dan cuma akan balik pada petang raya kedua, jadi anak-anak kenalah beraya di rumah mertua kan? Sempat juga saya berseloroh dengan suami pagi semalam, " Kalau abang nak juga beraya di Tapah, abang balik ke Tapah la, ape salahnya, dua hari tunggu Mak dan Abah balik,". Tak nak dia, takut sedih beraya tak ada ahli keluarga. Tau pun.... Tapi tahun ni kena ada rancangan baik untuk perjalanan kami balik kampung. Sesiapa yang balik Kelantan tu tahulah keadaan trafiknya macam mana. Kadang-kadang sampai 12-14 jam dalam kereta b...

hari malas

Today I don’t feel like doing anything I just wanna lay in my bed Don’t feel like picking up my phone, so leave a message at the tone ‘Cause today I swear I’m not doing anything .....mood pagi ni macam lirik lagu Bruno Mars ni.......

Bila Khairul Fahmi jadi pengawal sekuriti Nepal

Image
Dua hari lepas terdengar pasal lakonan Apek ni, hari ni baru berkesempatan nak menontonnya. Bila menonton bersama-sama dengan suami dan Naim, memang gamat suasana jadinya. Bila papa gelak, Naim pun tumpang gelak, entah dia faham ke tidak. Boleh tahan juga lakonan Apek. Taklah kaku sangat dan boleh tahan sebagai orang yang bukan dalam bidang lakonan. Dalam filem pendek ni, tengok sedikit sebanyak gaya Apek macam Stephen Chow pulak...Tambah lagi, citer ni kelakar juga. Tengok yang part 1 tak berapa faham, cuma tahu gelak je bila tengok bahagian yang kelakar. Dah tengok part 2 baru faham. Apa pun bagi saya, satu siri komersial yang bagus dan satu ciri iklan baru.. Bagi yang nak lihat sendiri lakonan Apek sebagai pengawal sekuriti ni  boleh layari youtube, cari je tajuk ' Semua Boleh Bolt'.