Dimalkum dimlumkum dimakulum dimaklumkan

Ai, kalau dah buat kerja dengan mata asyik tengok jam, tangan pula sekejap sekejap tinjau hp, baca mesej Whatsapp, tengok takut ada kerja yang kita ketinggalan, maka mulalah perkataan pelik-pelik timbul.
Geram betul saya, pagi ni tengah taipkan minit mesyuarat kononnya. Tapi, typo aja hasilnya. Yang peliknya perkataan yang sama je salah eja ni. Ai, otak saya ni hari ni tak jelas ke dengan ejaan dimaklumkan? Salah taip je jadinya.. dimakulm, dimalkum hasilnya.. ai..geram geram.
Jangan stres...pujuk diri. Buat jangan panik baru hasilnya elok.. haaa, jadi saya curi masa sekejap, menghilangkan stress dengan masuk ke dapur. Hasilnya...jeng jeng.. menu malas. Nasi himpit direbus tak payah tunggu, guna pulak nasi impit faiza yang kecil cute tu, tak perlu rebus lama2.. kuah kacang ni ready made, keluarkan dari peti sejuk just panaskan dengan tambahan air panas dan letak gula sikit.. haa.. macam raya pulak..
tapi, ini makan dengan roti ye,, nak sihat, roti gandum penuh tu.. nasi impit bagi Papa N yang makan.

 habis kerja ni, malam ni seronok sangat.. Alhamdulillah kalau sempat siapkan semuanya sebelum balik sekolah hari ni..
Sekian, dimalkumkan..

Comments

  1. mood n tangan cikgu dah start coti tuuu.....
    selamat bercoti lah yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cik azue. tahla, agaknya mmg mood nk cuti dah

      Delete
  2. Selamat bercuti cikgu. Sesungguhnya saya cemburu. Hahahahaha~ Pegi mana2, jgn lupa coretkan kat blog ni ye? Jgn lupa blog, dah le...heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... jangan jeles fara... saya yg malas ni, mmg la seronok cuti..kalau cuti sepanjang tahun lagi seronok. haa, macam sekolah ayah saya punya pulak...

      Insya Allah k... blm ada plan lagi nak ke mana.. biasalah golongan marhaein ni, byk kena fikir

      Delete
  3. Cikgu dah melonjak gembira tu sebab esok dah cuti panjang. Tapi being a cikgu sekarang ni memang sekolah ke tidak, kerja tetap maintainkan... Kesian tengok cikgu-cikgu....

    Bila akal dah jauh melayang, biasalah tu tangan yang menaip dengan akal yang berfikir sudah tak selari nampaknya.

    ReplyDelete
  4. maklumlaa..cuti..selamat bercuti..

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti...best nya cuti panjang kan....

    ReplyDelete
  6. alahai bila dok fikir macam2 tu mmg typo la yg selalu keluar..agaknya mood nk bercuti dh membara la tu kan..

    nasi impit kuah akcang sedap gak tu..mkn ngan roti bolehlah..benda sihat mmg tak berapa sedap.haha

    ReplyDelete
  7. ok, saya malkum!! muahhaha saya mamluk hal u ni sebab pernha jadi jugak, otak fikir itu tapi tangan tak selaras dengan otak. Even sekarang kalau dalam kelas my teacher geram2 tengok I duk salah eja manjang. I tau.. tapi.. tetap eja salah, tapi baca betul hahhaa.

    ReplyDelete
  8. Tiba tiba teringat iklan kat TV ......kuci kuci....kuci...kuci... pasal gatal tekak...makanlah strepsil...hehe walaupun tk de kaitan dgn entri.....
    Kadang tu mmg jadi gitu AN kalau nak cepat ke .....panik ke....otak jadi bercelaru kot hehe....
    Kalau makan kuah kacang ngan nasi himpit tu okje kena tambah lauk AN...mvm rendang daging je...sambal kerang ke, baru jalan....tulah...dasar pemakan hehe...

    ReplyDelete
  9. hihi....
    lya pon biasa typo2 ni.. tp kbiasaannyer, tgh mnaip..tertaip dgn apa y kt duk cakap % fikirkan time tu.. slalu sgt... hehe

    ReplyDelete
  10. Takpe, janji faham…
    Tu mcm gaya hati dah kat kampung jer…. hihihi

    ReplyDelete
  11. Hahhaa.. janji x lari maksud.

    ReplyDelete
  12. Hehee, kekadang memang terlepas ayat2 gini..
    Biasala bila mata dan badan penat :)

    Take a rest k :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?