Abang yang manja

Semalam seharian suntuk kami sekeluarga duduk di rumah. Setakat pukul 3.00 petang, kami empat beranak tak keluar lagi ke mana-mana. Lepas tu lagilah tak menyempat nak ke mana mana, sebabnya hujan lebat mula turun membasahi bumi.. sejuk wei kalau nak keluar masa tu. Lagi lagi dengan dua anak kecil, tak pasal ada yang demam pulak nanti..
Jadi, di rumah sahajalah kami. Masa yang ada dihabiskan dengan kedua-dua Ahmad ni. Mama langsung tak keluarkan kertas soalan Pbs, dan papa pula langsung tak menghadap notebooknya.
Seronoklah kedua-dua si comel ni. Main pun elok je, sekali sekala je Naim ambil kesempatan nak usik adik. Nazif pula nampaknya seronok main sendiri, jalan ke sana sini. Semua benda dia buat main.
Bila mama duduk lama-lama dengan anak-anak macam ni, Naim mula nak bermanja. Pantang tengok adik jauh sikit, dia mula duduk kat atas riba mama. Bila adik datang, dia tolak-tolak adik supaya jauh daripada mama dia. Melihat ni saya mulalah jatuh kesian pada Naim. Rasanya  dia jeles kalau saya bagi perhatian kepada adik. Jadi saya biarkan dia duduk di riba saya lama-lama sampai dia bangun sendiri.
Bab adil ni, memang payah, kan? Kedua-dua pun anak saya. Memang nak adil seadil adilnya kalau boleh, tapi ada masanya, keadaan tak sesuai. Masa Nazif tengah menyusu contohnya. Orang ni BF lagi, payah sikit nak tepuk dan usap kepala Naim pada masa yang sama. Jadi mungkin kat situ Naim atau Nazif akan terasa dipinggirkan.. maka, kesimpulannya cubalah buat sebaik yang boleh untuk jadi ibu yang adil. Kalau dapat saya tepuk, saya tepuk. kalau mudah nak usap, saya usahakan usap kepala dia.. kalau boleh tak nak buat Naim terasa saya lebih sayangkan adiknya. 

Dengan kawan pun ada masanya kita menghadapi masalah macam ni, walaupun dah tua...bila sebut pasal kebaikan kawan lain, ada masanya ada kawan yang mendengar tu terasa hati. Mulalah menjauh diri sebab rasa kurang dihargai. Jadi, anak-anak yang kecil, di saat sangat-sangat bergantung kepada mama dan papanya ni, lagilah terasa diabaikan kalau tak kena caranya.  

Comments

  1. Samalah situasi akak, si abang & kakak tetap cemburukan adik, dah lumrah hidup, takkan le yang dah besar panjangpun nak kena timang & dodoi2kan cam anak2 kecil? sebagai ibubapa, kita sayang semua anak, xder bezanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul kak... semoga anak2 boleh faham perasaan kita ni..

      Delete
  2. assalam AN..masa anak2 keccik memang macam tu..dah bersar nanti..in syaa allah berubah..dan anak2 akan jadi rapat adik beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..saya harapkan macam tu juga dua beradik ni

      Delete
  3. Sy tak merasa lg hal mcm ni. Masih tumpukan 100% pd Aydin. Tp since 2nd preggy ni, sy pulak yg rs bersalah yg amat. Walhal, Aydin dah nak msk 4 thn pun (nxt yr). Sy risau sgt tkot die rs terpinggir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fara ajarlah aydin dr sekarang.. cakap dgn dia yg dia bakal dpt adik..jadi dia akan bersedia..

      Delete
  4. Mereka dua-duanya masih mentah sangat Aisy. Yg penting kita memang kena pandai-pandai bagikan kasih sayang dan mesti adil. Masa kecik dia tak faham lagi. Bila dah besar mereka tahu mama dia sayang sama semuanya... macam anak kakak dah faham sebab dah besar-besar...

    ReplyDelete
  5. mmg kita sebagai ibu kena panda bahagikan kasih syg...lagi2 anak yg pandai tunjukkan rasa jeles dia tu..macam sy,aiman dh besar.dulu2 masa mula2 afia lahir dia tunjuk jugak perangai jeles,skang dia buat tak heran..tp takut jugak dia terasa kan..sbb dia mmg jenis tak kisah..kot2 simpan dlm hati pulak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiman tak kisah..haa.budak baik tu dia.. faham dan menerima keadaan

      Delete
  6. Ini yang I risau, JJ sekarang ni kan bertambah2 manjanya. Nak melekat jer kalau kat umah, macam mana laaa dia nanti bila ada adik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... JJ budak bijak..mesti dia sayang adik n tak dengki nanti...

      Delete
  7. Memasing nakkan perhatian sebenarnya kan AN. ..nasib papa N sabar tu hehe....
    Bisalah AN namapun manusia ada perasaan....tak kira le budak kecik org tua apa tah lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?