Ustaz

Gambar Naim masa di usia setahun lebih.. nak iras Nazif sekarang kan?

Ahmad Naim di usia 3 tahun 6 bulan lebih dah pandai mengarah mamanya pakai tudung!

Masa kami bersiap nak keluar makan, biasalah orang yang terakhir bersiap pastinya mama yang kena siapkan anak-anak terlebih dulu. Naim masa tu, tengok je saya. Saya pun senyumlah. Dah ambil beg tangan, saya dukung pula Nazif yang memang duk bergayut kat kaki masa saya sikat rambut sebelum tu.

Tiba - tiba Naim tunjukkan jarinya ke arah kepala saya dan sebut ,
" Mama, pakai."

Saya faham yang dimaksudkan oleh Naim tu. Tudung yang saya nak pakai ada di tingkat bawah sebenarnya. Namun, saja nak mengusik dia, saya balas semula kata-kata Naim tu,
" Tak nak lah mama".

Reaksi Naim seterusnya, dia tengok kiri kanan, terus dia capai tudung saya yang secara kebetulannya ada dekat atas tilam. Agaknya nak pujuk mamanya lagi,
" Mama, pakai ni!" , kata Naim sambil menghulurkan tudung tersebut kepada saya.

Senyum lagi saya melihat gelagat Naim masa tu. Teringin pula nak uji dia lagi.
"Tak nak", kata saya.

Kali ni nampaknya Naim dah marah. Dia hayun tudung tu macam melibas ke arah badan saya sambil jerit,
" Mama, pakai ni!"

Haa... jangan main-main dengan Ahmad Naim. Lepas saya pakai tudung baru dia senyum semula kepada saya. Alahai, anak mama ni. Dah tahu ye keperluan mama kamu ni.. nanti dah besar pun kena teruskan prihatin juga tau...

Comments

  1. bijaknya Naim. tahniah..ni mesti atas didikan ibu & ayahnya juga.

    ReplyDelete
  2. wah, bagusnya naim..best kan ada ustaz cilik yg tegur..heee

    ReplyDelete
  3. bijak Naim ni..dia tau keperluan mamanya...

    ReplyDelete
  4. Tahniah AN.....awak dah berjaya mendidik anak menjadi perihatin dgn undang undang Allah....
    Untung mak mertua ni haha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1