Penggunaan kalimah

Entry kali ni berkaitan dengan entry saya yang ni. Lepas balik tu saya tak terlintas lagi, dah tulis entry tu baru saya teringat.. Saya pasti akak yang menyebut tu salah faham penggunaan Masya Allah dan saya yang juga naik hangin bila mendengar tu juga salah faham walaupun pernah dengar penjernihan ini. Jadi, saya salin sebahagian daripada entry ini, untuk kita sama-sama mendapat manfaatnya serta membaiki apa apa kekurangan dalam amalan hidup kita..

Mari kita memahami maksud-maksud ayat di bawah:

» MasyaAllah – Allah Maha Agung
» Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah
» SubhanAllah – Maha Suci Allah
» Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah
>>Innalillah wa inna ilaihi raaji’uun -

Jadi penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan pada situasi kurang elok ialah “Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon keampunan Allah) ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”(Kami memohon perlindungan Allah).

Manakala penggunaan kalimah SubhanAllah pula biasa digunakan oleh baginda SAW dalam perkara yang dianggap pelik atau hairan pada perbuatan yang kurang tepat. Sebagai contoh dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dari Abu Hurairah ra mafhumnya

Sepatutnya jika berlaku atau terdengar sesuatu yang negatif , kita ungkapkan "Subhanallah", contohnya
"Subhanallah, awak belum solat lagi?"

"Subhanallah, kenapa boleh jadi macam tu?"


Untuk dapatkan penerangan yang lebih jelas boleh ke laman ini..

Comments

  1. saya selalu sebut subhanallah utk benda yg cantik

    ReplyDelete
  2. KIta kan dari kecik lagi duk dengar semua pun Masya Allah.. so nak kena faham betul la istilah istilah ni supaya tka salah guna. Thanks sharing ;)

    ReplyDelete
  3. bagus ni..kdg2 akak ada jugak tersalah sebut

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts