Beef tepanyaki

Haa.. nama kononnya macam masakan ala-ala jepun pulak. Padahal ini masak daging bakar je. Kisahnya tengah hari semalam lepas balik dari Plaza Alam Sentral tu, saya lembutkan daging. Memenuhi permintaan suami yang nak makan daging bakar, saya perapkan daging dengan bawang putih dan halia. Taruk sikit garam gula nak tambah rasa. Kalau tak entah bila nak habis daging korban pemberian Cikgu Rok ni.

Kemudian, saya bakar je dua ketul besar macam tu. Bimbang takut bahagian dalam tak masak elok, saya potong kecil-kecil sebelum masukkan semula ke dalam kuali. Jadi, inilah hasilnya... Naim makan banyak. Siap angkat ibu jari lagi untuk tunjukkan sedapnya daging ni.

Comments

  1. Wahhhh...dah cantik dah... hijo macam bloh mak! hehe

    Tak pernah buat daging bakar AN....kalau kita perap buh gitu...boleh lembut daging tu yeh AN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...terima kasih.... tema hijau pulok...

      Entahla boleh lembut ke tidak..tapi bagi saya letak benda2 ni buat rasa daging lebih sedap...

      Delete
  2. Haaaa dapat pun saya tatap entry daging ni huhuhu. Tu la duk tengok gambar ni sambil imagine nasi kerabu, huhuhu meletops.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1