D' Limau Nipis

BSP ke Bandar Baru Bangi jaraknya kira-kira setengah jam perjalanan. Jauh juga tu kan? Semata mata nak makan tengah hari, Papa N mengajak pergi ke BBB lagi tengah hari tadi. Layankan sahajalah, saya lagi suka, tak payah masak, selamat jejari lembut ni. Kan? Kan? Siapa tak suka..

Minggu lepas, dah ambil lauk sotong bakar gred AA yang sedap, jadi minggu ni nak cuba ikan talapia merah bakar pula. Sedap.. berbaloi bayar RM 25 untuk ikan ni. Memang tinggal tulang je tadi..


Ambil pula ulam yang pelbagai, cicah dengan budu campur tempoyak, memang licinlah pinggan kami. Bergilir dukung Nazif yang merengek pun tetap licin lauk dan nasi yang diambil tadi. Alhamdulillah, Naim pun elok je bagi kerjasama masa makan tadi. Dia makan ayam goreng, ulam dan air dia dengan sopan dan diam je. Lapar sangat kot agaknya. Jadi apa lagi, dapatlah mama dan papa makan dengan nikmat sambil pujuk Nazif sahaja.

Restoren ni memang sentiasa penuh orang. Siap buka dua ruangan lagi pun tetap ramai yang beratur untuk tunggu tempat duduk. Mungkin juga waktu pukul 1 tengah hari tu memang waktu puncak. Tapi rasanya semua yang datang pun macam Papa N, nak makan ikan dan sotong bakar dengan sos tiga rasanya yang sedap. Siap ada yanv mintak sos tambahan lagi. Sos tambahan kena caj RM 0.50 sesenduk, dia tulis makluman siap-siap harga sos tambahan macam tu sebab kos bahan mentah mahal dan dia masak sos tu selama tiga jam...patutla sedap.

Air istimewa si kedai ni juga sedap. Dua yang dipesan tadi semua licin habisnya. 
Lagi satu yang saya rasa unik di restoren ni ialah mereka bagi jaminan yang lauk dan makanan dibuat segar setiap hari dengan memastikan semua lauk habis dijual pada hari yang sama. Harga lauknya akan dikurangkan 50% selepas pukul 5 petang. Menarik kan? Kali pertama saya jumpa polisi macam ni.. barulah kita terasa yakin dengan peniaga dan makanan yang dimakan..

Comments

  1. Nampak sedap. Tp jauh la nak pergi. Biasa kalau g jauh2 ni, kami pergi tpt dh biasa pergi. Kalau baru nk cuba, mcm malas nk g jauh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun sama..tak singgah semata2 ...tapi mujur minggu lepas tak sengaja tersinggah, terus nak datang lagi minggu ni.. papa nai. Kata minggu depan pun nak pergi makan lagi kat sini.. ai.. sedaplah tu bagi dia..sesambil bawa anak jalan di hari minggu..

      Delete
  2. tiba2 teringin nak makan luar

    ReplyDelete
  3. meleleh air liur tgk ikan bakar...nyam nyam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..bolehla ke kedai ni.. u kan suka shopping.. kawasan bbb ni banyak juga butik nampaknya.. serampang dua mata...

      Delete
    2. haha..pernah ke butik dkt bangi sblm pose hari tu..tak pe la,butik kat s.alam pun tak terkejar rasanya...huhu

      Delete
  4. Huk aloooh dapat imagine jer la I ni. Memang standard la ada anak kecik kena gilir2, dulu I kadang2 jeles kalau tengok anak orang baikya duk dalam stroller time mak pak makan huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..macam mana ank org lain baik sangat.. kalau saya gitu dah gemuk jadinya .. ni asyik makan macam tak jatuh perut.. sopan ke tak lain kira

      Delete
  5. D limau Nipis? Kat mana yeh? kena try jugak ni AN.... Macam sedap je ikang bakar tu! dekat dengan apa restoren ni AN....bagi landmark sikit!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts