Demam+ raya

Risau saya nak pergi berkumpul di Melaka esok petang.. Untuk sambutan raya haji tahun ni, MIL ada di Melaka, jadi kami semua ke Melakalah kali ni. Risau sebab saya masih lagi demam on off sejak 4 hari lepas. Selain tu, saya, Nazif dan Naim juga batuk dan selsema. Papa pula jangkit batuknya.

Bimbang juga kami bawa virus kepada orang lain jugak kat Melaka tu..nak bergelak ketawa pun tak best sangat bila kejap kejap duk batuk kong kang ni. Demam saya ni pun satu hal...dah empat hari, hari ni terpaksalah juga saya mengalah dengan pil antibiotik..terasa kembali demam pukul 4 pagi tadi, saya pun mulalah telan pil tu untuk 5 hari seterusnya.

Dah makan dua papan paracetamol ni, perut mulalah sensitif. Asyik rasa berangin dan gastrik manja-manja mulalah nak berkawan. Tambah lagi sakit yang ada...ai banyak tu pakej kali ni..

Ai, sabar , pujuk hati...dugaan ni untuk menghapus dosa. Pikir macam ti dan banyakkan berzikir supaya cepat baik sakit yang ada.

Selamat berhari raya buat korang yang balik kampung dan tak balik kampung ye.. ada nak buat puasa sunat tak hari ni dan esok?

Comments

  1. sat2.. ke Nazif & Naim nak beradik? urmm ikut pengalaman akak dolu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah xda, kak.... harapnya demam biasa je...

      Delete
  2. Mana tau... bila bergelak ketawa nnti cepat sembuh. Bykkan rehat. Yg berat2 biar org sihat yg buat

    ReplyDelete
  3. Moga lekas sembuh ya? Tak ada papelah tu. Selalunya kite tak rs demam klu dah meriah n rmi2 org mcm tu. Heee!

    ReplyDelete
  4. semoga cepat sembuh.. pakai mask jelah utk tutp hidung dan mulut. slmt hari raya buat akak sekeluarga :)

    ReplyDelete
  5. Samalah ngan hubby AN ... sehari sebelum raya dia pun demam itu dah on off demam sebenarnya... Nasib raya haji dia dah kebah sampailah sekarang...alhamdulilah

    ReplyDelete
  6. Alaaa demam raya ni tak best. Yer la bila dah berkumpul ramai2 meriah, ttapi kita pulak yg tak sihat. I believe u dah much better now tak demam lagi.

    ReplyDelete
  7. semoga aisy da sihat sepenuhnya :)

    ReplyDelete
  8. deman masa rasa sumpah tak best.lagi2 kalau first day raya. nak makan pun tak ada selera.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1