Takut kena leter

Sedar tak sedar dah sejam lebih saya bertapa kat dalam bilik. Asalnya tadi, saya menanda kertas soalan PBS murid kat tingkat bawah. Tapi, tak banyak bertanda pun, sambil tanda tu mata tengok tv, citer korea. Mulut pulak mengunyah mangga manis yang MIL bawa dari Tapah.

Kononnya tadi insaf diri, tak jadi kerja kalau saya di rumah ni. Niat naik ke bilik sebab nak siap-siap dan nak ke sekolah awal. Entah apa dibuat,  tengok jam dah pukul 11. Haaa..

Kalau malam saya buat macam ni, pasti Naim dah naik atas dan boleh dengarlah ayat-ayat dia.. Malam kelmarin, mamanya duk seronok tengok blog, Naim masuk ke bilik dan cakap dengan saya, "Mama, buat apa ni? Lamanya kat atas. Marilah turun".

Haaa...rasanya papa dia yang ajar ke dia sendiri yang pandai cakap macam tu. Kalau Naim ada ni, mesti hari ni pun saya kena leter lagi. Ha.. nak kena ke sekolah dululah nampaknya.

Comments

  1. alisha pun sama kak.. dah pandai tegur saya skrg ni... :-)

    *psl komen tu, akak buat sy senyum sorg2 je tau... sy xda terasa apa pun kak... saya pun perasan tang muka tu... lgpun mmg saya asda nk buat entry pun psl tu... alih2 akak dh tegur.. hihii

    ReplyDelete
  2. kdg2 kita tak ajarkan anak ntuk menuturkan kata2 gitu, dorang cepat ssgt belajar melalui kehidupan seharian

    ReplyDelete
  3. Heheheheheh...rimas mamanye duk memerap dlm bilik. Boringlah tu. Tapi comel, lah. Heheheh! Aydin pun suke tegur sy. Especially klu nek kete, mst pki seatbelt. Klu lupa, die siap suh sy benti tepi jln n pki seatbelt tu. Amboi!

    ReplyDelete
  4. Sebab Okje bukan cikgukan AN so OKje tak boleh duduk berseorangan dalam bilik kalau ada hubby... nanti adalah orang yg sindir sindir manja hehe

    ReplyDelete
  5. Hahahah.... naim pandai sendiri rasanya. Budak2 cepat pickup.

    ReplyDelete
  6. hamboi naim...pandai kuiri mama yer. hahaha

    ReplyDelete
  7. zahin pun sama..nampak sgt anak2 sangat perlukan kita di sisi mereka..kalau zahin,umi,jomlah duk luar..

    ReplyDelete
  8. Kalau Irfan, suka juga suruh saya masuk tidur bila abah suruh dia masuk tidur. Boleh pula jeles dgn ummi yg sedang buat kerja sekolah :)
    Papa rindu kat mama la tu, sbb tu suruh Naim panggilkan :)

    ReplyDelete
  9. Pandai sendiri, especially yang petah macam Naim ni. Mama nyer dah tak leh main2 la yer skang.

    ReplyDelete
  10. Ayat baik punya.. Hihi ye kot papa ajar

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1