Jam

Jam dinding di rumah saya ni diset cepat 10 minit oleh Papa N. Pada awalnya ketetapan macam ni sedikit menimbulkan masalah. Apa taknya, terkejar-kejar nak bersiap bila sekali sekala kena sekolah sesi pagi. Saya selalu lupa yang jam ni diset awal 10 minit. Kalut betul nak bersiap sebab menyangkakan dah lewat! Tapi, bila dah perasan yang jam tu dicepatkan, mulalah rasa lega..rasa selamat.

Tapi, masa jam yang sama ni habis bateri hari tu, mulanya Papa N setkan waktunya tepat ikut jam di astro. Saya yang mulanya tak tahu, selamba je bersiap lambat sebab rasakan ada lagi 10 minit. Lagi kalut jadinya bila tersedar yang sebenarnya 10 minit dah tiada!

Pengajarannya, kenapa saya mengharapkan masih ada masa berbaki? Kenapa mengeluh bila dah tepat masa? Patutnya saya yang kejar masa kan? Disiplin jawapannya.. hidup memang tak menunggu kita yang tak mengejarnya...

Kalau berselerak macam ni, boleh tangguh masa masuk sekolah tak? Adoi, tolong....

Comments

  1. 10 minit amat bermakna ...suami akak,kalau terlewat 5 minit ja dari kebiasaan...jalan dah mula jem..

    ReplyDelete
  2. Sy dah terbiasa cptkan waktu jam. Dr zaman sekolah lg. Klu bateri jam hbs, tgk waktu Astro. Then kami akan cptkan 7 minit. Klu jam kereta, lg lah kami cptkan. Maklumlah, KL ni kan jammed je manjang. Biar kite selesa dgn waktu yg dah dicptkan tu. At least, taklah lmbt smpi opis.

    ReplyDelete
  3. salam aisy..

    ai dah lain blog ni,akak ingat dah salah masuk tadi..hehehe.
    akak pun sama akan cepatkan sikit jam tu, supaya tak terlambat.nanti nak kena set masa baru la klu dah mula keja,sbb dah ada 3 anak nih,kalut lak nak uruskan pagi2

    ReplyDelete
  4. Saya cepatkan jam di rumah dan dalam kereta. Bila jam di kereta pukul 8, maknanye saya sampai opis 7.55am. just nice! hehehehe

    ReplyDelete
  5. aah..suami saya cptkan jam kat umah 20 minit awal..dlm keta saya disetnya 10 minit awal..hihi

    ReplyDelete
  6. betullah AN...sepatutnya jam tu tak perlu dicepatkan sebab jam sebenar ada dalam diri kita ni... Kita sendiri yg kena mengejar masa dan mendisiplinkan diri... Samalah ngan jam rumah ni...sejak bateri habis....hubby dah betulkan ikut jam TV

    ReplyDelete
  7. Saya dulu pun suka set jam awal ke depan, tapi saya rasa banyak masa terbuang menunggu that extra time, so now dah tak buat dah. Semua pun tepat.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1