Tak kering gusi

Seminggu dua ni memang tak kering gusi dengan gelagat Ahmad Naim. Ada saja ayat ayat dan kelakuan Naim yang buat kami sekeluarga gelak.

Sambil saya melayari internet malam ni, Naim datang duduk kat tepi. " Mama, ambil gambar Naim". Saya pun ambillah sekeping. "Lagi satu mama". Kali kedua ni saya snap dekat sikit, close up pulak. " Mama, jauhlah sikit, tunggu Naim nak peace".  Arahan dia ni, sabar ajelah..

Kalau adiknya menangis, Naim akan cepat-cepat cakap, " Adik, jangan nangis, nanti kena tidur dengan kucing". Pandai guna balik ayat yang saya pernah gunakan untuk dia sebelum ni.

Kalau dia pula buat hal, dia sendiri akan cakap, " Mama, hantar Naim tidur dengan kucing".

Kalau melihat gambar keluarga yang digantungkan di ruang tamu, dia akan cakap, "Akak, nanti Naim nak pergi situ ye". Akak dipanggil mamanya, hihi..perasan sekejap kat situ jadinya.

Botol susu tetap kawan baik bila waktu malam. Siap marah adik lagi sebab adik tak minum susu habis, bandingkan dengan dia yang minum licin. Bila minum susu pula, dia cakap dia macam baby..


Ada masanya Naim ni memang lasak tapi kalau bercakap nada dia selalu lembut. Jenis dalam hati ada taman Naim ni..

Comments

  1. suspen dgn ayat last tu... Jenis apa yer?
    Amboi dah pandai beri arahan pada photograher yer, naim.?
    Kan kena dgn entry saya hari ni. Bila kita suka ugut dia, dia pula akan ugut adik dia. Budak2 mmg cepat belajar dari mak ayah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..jenis manja sebenarnya... dgn nazif, dia yg lagi manja

      Delete
  2. telatah anak2 mmng mnghiburkan.....

    ReplyDelete
  3. Bila lagi nak bermanja. Seronok kan anak bermanja. Nanti dah besar mesti rindu nak bermanja-manja

    ReplyDelete
  4. Saya dh upload Balik video Tu. Cuba tgk boleh play x. Saya try boleh

    ReplyDelete
  5. hihihi dah makin banyak akal, ada-ada jer la gelagat dorang yg melucukan. Anak sulung manja dia lain sikit kan, konon macho tapi manja nya kalah pompuan kadang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ni.. pandai nas describe perangai naim ni.. betul2.. manja, konon macho hens tapi cakap manja dan memang manja orangnya..

      Delete
  6. Mesti mama pun cakap nada lembut ni ! Sebab tulah anak mengikut. OKje ni kadang tu cakap nada keras AN....nak cuba jugak ubah nada lembut tapi dah sebati kot makan tahunlah bertukar hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts