Menggembirakan diri sendiri

Terkejut saya bila lepas mengeluh banyak kerja, tetiba je suami cakap, " Yang, kalau abang naik gaji dan pangkat, nak berhenti kerja tak? Sabarlah dulu ye".

Haaa... walaupun tahu entah bila boleh ter amin doa laki saya ni, saya gelakkan juga. Dalam hati berkata, tahu juga laki aku ni nak pujuk bini dia ni. Haaa... terhibur juga sementara.

Mengejar kerja takkan habis, kan? Kerja apa pun ada masanya akan sibuk dan tak tertanggung rasanya..  pada saya, di saat macam ni,  berfesyen-fesyen ke sekolah menjadi perkara yang boleh menggembirakan diri.

Setiap hari cuba pilih baju dan tudung yang cantik, walaupun bukan semuanya pakaian baru.. mix and match jadinya lawa juga pada diri sendiri. 

Rakan saya, Nisaq dalam gambar ni pun berpandangan yang sama. Katanya bila melawa ke sekolah, kurang rasa stress yang ada. Yang kelakarnya, Isnin yang lalu ada rakan yang senior tegur saya. Katanya dia tengok saya dan Nisaq kebelakangan ni sama naik. Bab pakaian ke sekolah. Jeles dia tengok sebagai orang tua.. 

Haha..gelak je saya dengar tu.. bukan sokmo saya pakai lawa kak, kadang kadang je kak.. hari malas, pakai je tudung sauk, tak kuasa nak belit- belit...akak dah lama tak pe, dah masak dalam bidang ni. Kami yang tak cukup mana pengalaman ni inilah cara kami berseronok dengan kerja. 

Terfikir juga saya nak sambung belajar, macam Mama JJ kat Berlin tu, tapi aiii, selepas saya timbang sana timbang sini, nanti dululah.. berbakti dulu setakat mana boleh di sekolah ni....Lama lagi nak ssampai ke umur pencen 60 tahun ni..

lirik lagu awi rafael.....: Kalau aku mampu buat suka hati aku.......

Comments

  1. :) sentiasa kuatkan semangat..chayok!!

    ReplyDelete
  2. akakpn tumpang jeles sbb dpt melawa sakan ke sekolah..

    ReplyDelete
  3. warna2 ceria..boleh menceriakan suasana dan diri sendiri..akak suka tgk cikgu Indamarya berfesyen...
    http://indamarya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. hahaahha..p sekolah @ kerja harus melawa...dok rumah wajib melawa..hihhih..kerja apa pon strees..jd suri rumah pon streess... so senyum je.... buat buat biasa ...hihi

    ReplyDelete
  5. Haaaa sama mcm saya. Sy pakai lawa2 sbb nak mood ceria dan yakin diri. Kalau pakai selekeh sy segan kot la jmp ngan org yg sy kenal. Aduhh malu tau

    ReplyDelete
  6. Dilema yg mcm ni la yg sy pun sama lalui. Heheheheh...hati ni pun membuak betul nak smbg belajar tp apakan daya.....=(

    ReplyDelete
  7. best la dpt bergaya gi keje :-) aida ni pakai uniform!

    ReplyDelete
  8. salam aisy...betul tu sesekali kena la buat sesuatu yg bole menceriakan diri sendiri ye tak...

    ReplyDelete
  9. betul tu dik..akak setuju...melawa utk kepuasan diri sndiri..
    Seronok jugak kalau masuk kelas, budak2 kata..ckgu..!!! cantiknya ckgu ari ni..mulalah perasan..tapi selalunya pujian budak2 tu ikhlas...heheheh.

    ReplyDelete
  10. saya mmg tak boleh melawa keluar rumah... ada yg kena sound dgn suami... letak lipstick kat mulut pun dah mula bising... so redha aje la nak jadi solehah punya pasal... ekekke
    tapi kalau nak gembirakan hati sendiri, saya suka window shopping... hilang segala stress boleh belek harga barang.... biar tak beli pun :)

    ReplyDelete
  11. baju cantik + hati senang makin seronoklah nak bekerja :)

    ReplyDelete
  12. we need to reward ourselves. Kan... sekali sekali melawa memang lain rasa nya, lebih bersemangat dan bertenaga. Aura dia tu lain. I pun ni duk belek2 baju dalam almari mmg banyak nak kena tukar, bukan sebab nak pakai yg baru ajer, tapi.. dulu semua ketat2 kecik2, now dah segan nak pakai semua tu, cari yang labuh2 longgar2 jer sekarang ni.

    ReplyDelete
  13. Hehe,,.... betul betul AN gembirakan diri kita dengan buat apa yang kita suka.....pompuan kan suka melawa dan berangan hehe....
    Cantik....Pandai yeh membelit.... hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1