Sayang papa lebih

Semalam saya diberi kebenaran balik awal. Sekali sekala rasa seronoklah macam tu. Dalam perjalanan saya dah rancang untuk bawa Naim dan Nazif pergi main memandangkan hari masih siang. Tujuannya nak bagi diorang rasa gembira. Malam sebelum tu, disebabkan
Nazif asyik menangis je, saya banyak bagi tumpuan pada Nazif, jadi inilah masa nak gembirakan Naim.

Reaksi Naim bila mama datang jemput? Sangat gembira. Riuh dia cerita macam-macam bila nampak mama. Tangan dihulur suruh mama pegang. Senyumannya masa itu pastilah sangat menawan.  Jarang sekali dapat mamanya jemput kan? Awal pulak tu, budak lain ramai lagi, dia gembira dan banggalah.

Jadi, saya pun bawakan diorang ni pergi ke kedai yang ada mesin nyanyi hari tu. Anggapan saya, diaorang akan main banyak kali, jadi saya dah sediakan banyak duit syiling untuk tujuan tu. Tapi, sebaliknya berlaku.. Naim main sekali je, manakala Nazif pulak masa tu lagi rela didukung oleh mama.

"Mama, dah siap. Nanti kita datang dengan papa neh?"

"Naim tak nak main lagi? Dah siap ke?"

"Aa. Nati kita datang dengan papa neh?".

Akhirnya kami balik sahajalah. Naim tak nak main bila papa tak ada. Jimat duit mama kamu... tapi taklah jimat sangat, sambil jalan ke kereta tu, Naim ajak masuk ke kedai kek. Sempat dia capai ais krim ni. Hihi... pandai pilih ye..

Comments

  1. Mama dah excited dah yeh.....hehe...
    Tak best kot jalan tanpa Papa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. mama lebih excited... naim nak papa juga

      Delete
  2. Alahai mama dah jeles pulak ye anak-anak sayang. Sebenarnya Aisy bukan sayang papa lebih tapi kakak rasa biasa jalan berempat tapi bila bertiga rasa kurang satu - papa tak ada. Muka gembira mereka dah gambarkan betapa sayangnya pada mama tak terkata...

    ReplyDelete
  3. ekkeke kalau akk sayang papa lebih .. dia akk suh tido ngan papa dia
    lepas tuu terus cakap sayang mama ekkeke
    soo leh tidoo
    ekkee
    kejam kan akk ! ';)

    ReplyDelete
  4. alahaii..xsmgt main plak ye bila papa xde..eskrem mahal pulak tu..hihi

    ReplyDelete
  5. alahai..sweet sgt...ingat kat papa hah...nak gak pi ngan papa yeak...ye laaa ade papanye lain sikit meriahnye kan...mcm dayyan gak la nieh....ingat papa dulu....

    ReplyDelete
  6. Mama dah cuba,itu yang penting. Hehehehe dorang ni sajer jer kan, kalau nak apa2 semua mama, tapi kalau bab bergumbira main semua nak papa.

    ReplyDelete
  7. pandaipun .. baguslertu anak2 akakpun dah pandai..kalau kita kata kurang duit diorang dah paham tak mintak lebih2... ooo takper tunggu ibu banyak duit... ok selamat duit ibu...
    seronok dapat gembirakan hati anak2nikan..

    ReplyDelete
  8. ada papa lagi best main ye Naim..
    ingat juga dia kat papa dia..

    ReplyDelete
  9. alahai.. ank papa.. sama cam asya.. pe2 hal msti nk papa dia

    ReplyDelete
  10. macam anak2 aku jugak la...lagi prefer dgn daddy dia...kalau nak tido pun berebut nak tido dgn daddy dia...waaaaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts