Senang hidup dan Bersih

Balik daripada kerja petang semalam saya tak disambut oleh Naim. Nazif je beriya-iya hulur tangan nak didukung oleh mama di muka pintu. Saya kerling tengok Naim. Patutla tak layan mama, dia dapat mainan baru rupanya.

Ai, kereta mainan dengan alat kawalan yang dibeli hari Ahad masih elok berfungsi lagi, semalam dah dapat mainan baru. Papa belikan dia set kereta api, dengan hiasan lagi. Ada landasan, pokok dan rumah kat tepi landasan tu. Walaupun tak mahal tapi seronoklah dia...

Terfikir pula, Naim ni apa dia nak selalu dapat. Dia usaha tu nak dapatkan. Tak boleh panjat, dia lompat, tak diberi dia akan menangis, merajuk, maka usahanya akan berhasillah.. Nazif pula, pantang diam kalau bab kebersihan. Suka sangat main dengan vakum dan penyapu. Nak mengemas je kerja dia. Almari baju diorang ni hampir setiap hari diselongkar oleh Nazif ni.

Pengaruh nama ke ni?
Naim -kesenangan hidup
Nazif - bersih

Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah mintalah macam tu jadinya

      Delete
  2. Macam anak sulung saya la asik nak mainan je tapi kalau kita tak boleh dia ok la, cuma ada masa tu macam2 cara dia buat nak dapatkan benda yang dia suka..Kalau anak kedua pulak memang tak kisah sangat..Jenis tak dapat pun takpe, takde hal..

    ReplyDelete
  3. Kira ada yg suka membantu mama membersihkan rumah ye...
    Satu-satu anak memang tak sama Asiy. Anak kakak tiga-tiga punya perangai tak sama. Yg sama satu aje baca novel memang semuanya ralit sanggup tak makan. Lainnya tak sama.

    ReplyDelete
  4. 3 hero membantu mama.... seronoknye.

    ReplyDelete
  5. anak2 memang macam2 pesenkan... pembersihtu baguih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya sampai besar kekal tabiat ni..

      Delete
  6. Pun yer jugak, nama kan doa. Mama Naim Nazif la paling untung ;) Hidup senang dalam bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..tak terfikir pun.. betul juga kan? Kalau ya, alhamdulillah....doakan lah ye

      Delete
  7. Sok kalau Naim dah keje, nak mintak pape ngan Naim kalau tak dapat awak nangis tau AN hehe.....agaknya dilayan tak kita ni AN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai okje..sedih saya bila fikir pasal ni...mintak2 dilayanla saya bila tua nanti...

      Delete
  8. kerenah anak2 ni mcm2 kan..mungkin berkait dgn nama juga,sbb tu org tua2 kata panggil anak dgn nama penuh baru la lengkap dgn maknanya kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1