Tak hairan lagi

Masa masih bujang dan hingga masa Naim masih kecil saya selalu perhatikan ibu bapa lain yang menguruskan anak-anak yang meragam ketika di tempat awam. Dah besar sikit Naim ni, saya sendiri yang mula merasai pengalaman tersebut.

Kini, tak hairan langsung dah. Malah, macam petang tadi, saya senyum je sepanjang setengah jam pertama kami berada di Sunway Pyramid. Dari awal pagi, Naim dah bersiap nak ke 'masuk' katanya. Papanya dah fahamlah tu yang Naim maksudkan ialah dia nak pergi ke tempat membeli belah. Tapi, masuk je kami ke Sunway Pyramid tu Naim mula mengamuk bila tak dibenarkan beli barangan Despicable. Tahan jelah, senyum sambil jalan walaupun Naim meraung menangis hampir setengah jam.

Bayangkan orang lain yang perhatikan kami. Dalam hati saya, "korang ada anak nanti, korang tahulah macam mana".

Mujur, lepas jumpa satu mainan kereta yang ada lampu berkelip kelip serta mengeluarkan bunyi lagu Gangnam Style, mood Naim kembali baik. Maka dapatlah mama dan papa makan Sunshine Kebab dengan aman.

Muka seronok main kereta murah dengan adik. Mujur taK jadi beli barangan Despicable yang harganya  hampir ratus tadi. Naim ni bukan gembira sebab mahal ke murah, asalkan namanya mainan je.

Sempat dia ajak papa dan adik bergambar di tepi patung hijau ni lagi. Gembira sangat dapat beli keretalah tu.

Dah balik ke rumah pun, asyik berkepit dengan kereta baru je .. maka sempatlah mama pakai mask muka yang baru dibeli tadi. Yang saya bayar tadi face mask je, yang lain ni semua dapat percuma.. alhamdulillah..

Comments

  1. masa anak2 akak kecil dulu pun sama...macam2 karenah yg trpksa dilayan..Dia orang biasanya tunjuk perangai kat tempat awam...
    Sekarang ni kalau tengok anak2 kecil menangis kat tmpat awam, akak akan senyum sorang2..siap bagtahu anak2 lagi pasal perangai dia orang dulu2....
    Anak2 kecil.., perangai mereka kadang2 tak terduga dek akal kita....

    Wahhh..bestnya dapat yg percuma tu..mmng rezeki tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan kak... dah biasa alami boleh buat tak kisah je.. diorang saja nak ambil perhatian kita.. kalau kita ikutkan makin menjadi2

      Delete
  2. well done mama naim... mmg tu tindakan yg paling betul, kena explain betul2 kenapa kita tak belikan mainan tu utknya... mula2 mmg kena tahan telinga/malu... Insya Allah, lepas ni ok la tu... budak kecil mudah belajar :)

    ReplyDelete
  3. sama lah tu Aisy..tak nak belikan mainan yg mahal2. anak mula lah meragam..org tengok2 je..
    skrg pla jln ramai2 dgn anak..org tengok2 senyum2...kdg tu org tak percaya semuanya anak2 saya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. bestla kalau orang tak percaya mamarey dh ada 5 anak. Tu mesti mamarey ni jenis kurus ...badan lawa

      Delete
    2. ada 7 semua Aisy..aramaitii hehe..bdn pendek gemuk ni Aisy huhu..

      Delete
  4. Haha....mmg ada jenis anak anak yang macam tu AN.... ada lagi teruk, siap baring kat situ kalau tak dapat mainan...lagilah haru... Sekurang kurangnya Naim nangis je....

    ReplyDelete
  5. Hheee, biasalah budak2 kan kalau meragam ke apa..

    Bestnya dapat sample percuma tu.. boleh try :D

    ReplyDelete
  6. Betul betul betul. Ada anak sendiri nnt tau la macam mana, Lagi satu, kalau bapak or mak budak tu marah2 budak tu pun, biarkan la depa, lain la kalau dah naik tangan macam nak bunuh budak tu kan. Jangan pressure the parents, kami dah cukup tertekan bila anak mengamok.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1