Berdebar

Tengah bersiap untuk pergi ke sekolah. Baju yang direndam dah basuh, tunggu nak jemur sahaja sebelum keluar nanti. Tau kenapa saya berdebar pagi ni? Berdebar sebab hari ni anak anak murid akan menduduki peperiksaan. Kata sistem PBS tak ada peperiksaan kan? Ikut pentadbiran sekolah rupanya..lain padang lain belalang.. Entahla, saya yang menurut perintah ....

Peperiksaan pertama untuk tahun 2013 ni. Entah macam manalah prestasi anak anak murid nanti. Semoga semua dapat jawap dengan baik ye...

Ni baru cikgunya. Kalau jadi mak ayah yang anak nak menduduki peperiksaan lagilah terasa berdebar, kan? Buat anak buah saya di Au3, Siti Nabilla @ Ell, selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga dapat keputusan yang baik. Semua mendoakan ni.

Comments

  1. cikgu kita prihatin ni heee gudluck adik2 :)

    ReplyDelete
  2. assalam AN..acik lagi la tak faham..tak de periksa tu..peperiksaan yang macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau PBS ni sepatutnya sekolah tak payah buat exm seragam lagi.. Just pengujian di dalam kelas ikut subjek sahaja dan akan ada penilaian pusat bila KPM arahkan... Ni sekolah saya buat untuk streaming kelas untuk ke tahun depan

      Delete
  3. Uish.... upsr. Gud luck semua!

    ReplyDelete
  4. Kalau cikgu yg perihatin tak mustahil berdebar sama macam mak/ayah Aisy
    Anak kakak yg no. dua pun dah guna PBS tapi tak ada exam pulak. Tak tahulah lepas ni sebab biasa kalau ada apa-apa terutama periksa mesti dia akan call kakak..

    ReplyDelete
  5. good luck untuk adik-adik yg menduduki UPSR nanti..
    terasa bedebar jg kn Aisy anak murid duduk UPSR..:)

    ReplyDelete
  6. gud luck buat semua calon...

    ReplyDelete
  7. gudluck buat semua yg ye... moga dpt menjawab dengan mudah... :)

    ReplyDelete
  8. I remember that rama2 dalam perut setiap kali time exam. Hehehe all the best to your students and everyone sitting for the paper.

    ReplyDelete
  9. Hehe debar jugak rupanya jadi cikgu ni yeh AN.....Tak pe berkat doa dan usaha cikgu yg mengajar , insyaallah murid akan cemerlang!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?